KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket antarabangsa melibatkan penipuan tawaran kerja dalam talian menerusi serbuan di sebuah kondominum mewah di Taman Desa Skudai, Johor Bahru, Johor pada Khamis.
Kesemua mereka yang berumur 21 hingga 27 tahun itu ditahan hasil serbuan Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama polis Singapura di unit kondominium itu yang dipercayai menjadi pusat operasi sindiket antarabangsa penipuan tawaran pekerjaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu mula beroperasi sekitar Jun tahun ini, menggunakan kemudahan media sosial seperti Instagram dan Facebook menawarkan peluang kerja sebagai ejen syarikat untuk membeli barangan yang diiklankan melalui platform e-dagang.
"Pembelian itu didakwa untuk menaikkan rating dan nilai jualan syarikat berkaitan yang menjanjikan pendapatan harian antara RM200 hingga RM300.
"Mangsa yang berminat akan menerima mesej melalui WhatsApp yang mengandungi pautan untuk barangan yang perlu dibeli malah bagi setiap barangan yang dibeli, mangsa akan dibayar semula nilai barangan yang dibeli berserta tambahan komisen lima hingga lapan peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Kamarudin berkata proses pembelian dan bayaran semula akan berulang dimulai dengan barangan murah namun apabila mangsa membuat pembelian barangan yang mahal, bayaran balik tidak lagi dibuat atas alasan masalah pemindahan wang.
Beliau berkata mangsa seterusnya diminta membuat bayaran ke dalam akaun keldai kononnya sebagai yuran pemprosesan, penalti cukai, tukaran wang asing dan sebagainya.
"Mangsa hanya akan sedar ditipu apabila wang yang dijanjikan tidak diterima walaupun mereka telah membuat pembayaran wang.
"Berpandukan kepada rampasan yang dibuat, dipercayai sindiket ini mempunyai kaitan dengan 95 laporan polis melibatkan mangsa di Singapura dengan nilai kerugian SGD690,000 dan sekurang-kurangnya satu laporan polis di Malaysia melibatkan kerugian RM21,700," katanya.
Mohd Kamarudin berkata hasil siasatan mendapati kesemua lelaki yang ditahan berperanan untuk memindahkan wang hasil penipuan daripada akaun keldai ke akaun e-wallet yang diberikan oleh pihak atasan sindiket.
"Mereka ini ditugaskan untuk membuat pembelian mata wang kripto (usdt) dan menerima komisen 0.2 peratus dengan nilai anggaran SGD600 setiap hari. JSJK dan polis Singapura sedang berusaha untuk mengesan saki-baki sindiket ini yang masih bebas.
"Selain itu, polis turut merampas antaranya dua unit komputer riba, tujuh unit telefon bimbit, 12 keping kad ATM, dua unit penghala (router) dan beberapa dokumen berkaitan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
Selain itu, kes turut disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Mohd Kamarudin menasihatkan agar orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya agar tidak menjadi mangsa kepada kegiatan penipuan sebegini.
"Hubungi CCID Scam Response Center melalui talian 03-26101559/1599 sekiranya mempunyai sebarang keraguan mahupun maklumat berkenaan aktiviti jenayah komersial," katanya.
Dalam pada itu, JSJK menerima 164 laporan polis berkaitan penipuan tawaran kerja ejen jualan platform e-dagang di seluruh negara melibatkan kerugian dianggar bernilai RM2.9 juta setakat 12 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Kesemua mereka yang berumur 21 hingga 27 tahun itu ditahan hasil serbuan Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama polis Singapura di unit kondominium itu. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tertipu dengan tawaran kerja, pengasuh nyaris 'dijual' di Myanmar
Wanita itu dihubungi sepasang suami isteri menerusi WhatsApp yang menyatakan mereka memerlukan perkhidmatannya sebagai travel nanny semasa bercuti.
Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian
Mangsa seorang wanita 71 tahun ditawar kerja sambilan dengan menjual barangan dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.
Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan
Kesemua mereka itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana yang berfungsi sebagai pusat panggilan.
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
751 pekerja asing fail tuntutan gaji berjumlah RM2.21 juta
Tuntutan itu telah diserahkan kepada pengurus syarikat dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 5 Feb depan di pejabat buruh daerah Pengerang.
Kerani wanita di Miri rugi RM60,000 akibat penipuan tawaran kerja
Seorang kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi 'Asia Shopping'.
Polis tumpaskan operasi pusat panggilan tawar pekerjaan tidak wujud kepada warga Britain
17 individu termasuk penyelia pusat panggilan yang merupakan warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dalam serbuan.
Kes seludup 43 rakyat Malaysia, pertama kali berlaku di Amerika Selatan - KPN
Kesemua mangsa diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan.