awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah bakar kilang di Sungai Petani

Bernama
Bernama
17/11/2019
04:13 MYT
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah bakar kilang di Sungai Petani
Perbuatan khianat itu didakwa dilakukan di belakang Blok B Kilang Plastik Green Mark Technology Sdn Bhd, Jalan 9 Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani lebih kurang 3 pagi pada 18 April lepas. - Gambar fail
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan api untuk menyebabkan kebinasaan sebuah kilang, di sini April lepas.
Kelindan lori M. Kathiresan, 31, jurujual penapis air (Coway) P. Selvanathan, 28, dan pekerja kontrak Lim Chee Kwang, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini selepas pertuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dituduh melakukan khianat dengan api untuk menyebabkan kebinasaan sebuah kilang kepunyaan milik Tan See Wee, 39, yang biasa digunakan sebagai tempat simpanan harta benda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di belakang Blok B Kilang Plastik Green Mark Technology Sdn Bhd, Jalan 9 Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani lebih kurang 3 pagi pada 18 April lepas.
Sehubungan itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan denda.
BACA: Kilang kitar semula terbakar
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 15 Dis untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordiyanasari Omar manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili Peguam KT Jayaraj.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#jurujual penapis air
#kebinasaan
#khianat dengan api
#kilang
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mengaku tidak bersalah
#pekerja kontrak
#penjara
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan