KUALA LANGAT: Tiga individu diberkas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah pasar raya di Telok Panglima Garang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, ketiga-tiga suspek diberkas merupakan lelaki warga tempatan berumur antara 26 hingga 40 tahun.
"Polis sebelum itu menerima laporan daripada pengurus pasar raya berkenaan berkaitan kejadian.
"Barang-barang yang hilang berupa dua unit kamera litar tertutup (CCTV), sejumlah wang di dalam tabung dan wang tunai RM15,000 di dalam sebuah peti besi seberat 500 kilogram," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat, operasi yang dijalankan kira-kira jam 10.45 malam berjaya memberkas suspek pertama di sebuah rumah di Kampung Sijangkang di sini pada hari yang sama.
"Hasil soal siasat yang dijalankan kemudiannya berjaya memberkas dua lagi suspek di sekitar lokasi sama antara jam 12.20 hingga 2.30 pagi pada Jumaat.
"Polis juga berjaya menemui semula barang milik pengadu dan sejumlah barangan disyaki hasil daripada kegiatan pecah rumah," katanya.
Menurutnya, semakan mendapati ketiga suspek mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah.
"Siasatan dijalankan mendapati kumpulan penjenayah ini aktif dalam melakukan jenayah sejak dua bulan lalu.
"Antara kes yang berjaya diselesaikan melibatkan kes pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang, pecah kedai butik, pecah pasar raya, pecah kedai runcit, pecah kedai peralatan rumah," katanya.
Tambahnya, kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 23 2022
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh(tengah) menunjukkan antara peralatan digunakan suspek untuk menjalankan aktiviti memecah masuk sebuah pasar raya di Telok Panglima Garang pada Khamis. -Foto Sinar Harian
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
20 pelajar tahfiz cemas, asrama terbakar
Kesemua penghuni pelajar lelaki yang berumur antara 13 hingga 17 tahun bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.
Wanita ditahan bersama tiga penyamun pecah rumah majikan
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa rumahnya di Kampung Sijangkang dipecah masuk.
Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis
Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.
Tiga lelaki pecah masuk pasar raya dicekup
Ketiga-tiga suspek diberkas merupakan lelaki warga tempatan berumur antara 26 hingga 40 tahun.
Seorang maut, tiga cedera tangki minyak terbakar di Telok Panglima Garang
Mangsa dikatakan maut ketika sedang melakukan kerja kimpalan sebelum terjatuh akibat letupan tangki berkenaan...
Empat rentung kenderaan terbabas ke bawah jejambat sebelum terbakar
JBPM Selangor terima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.