awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja

Bernama
Bernama
30/11/2021
15:05 MYT
Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan tiga lelaki termasuk seorang cucu kepada seniman legenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee daripada pertuduhan mengedar lebih empat kilogram dadah jenis ganja.
Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Cucu P Ramlee iaitu Zakaria Nasir Nasir, 30, Mohd Faizul Zulkipli, 37, dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34 telah didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama mengedar ganja seberat 4,678.5 gram di sebuah kediaman di Puchong pada pukul 3.50 petang, 15 Jan 2018.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Zakaria Nasir diwakili peguam Latheefa Koya dan Zaid Malek, Mohd Faizul diwakili Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah manakala Mohammad Saifuddin diwakili Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cucu P Ramlee
#Zakaria Nasir Nasir
#Mohd Faizul Zulkipli
#Mohammad Saifuddin Darmawan
#Akta Dadah Berbahaya
#edar dadah
#dibebaskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan