NATIONAL
Tiga maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Temerloh

Tiga maut manakala tujuh termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Karak-Temerloh. -Foto Sinar Harian
Tiga maut manakala tujuh termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Karak-Temerloh dekat Kampung Batu 7, Temerloh, Pahang, hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul, memberitahu kejadian berlaku kira-kira jam 9.14 pagi tadi.
Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Mentakab dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.
Jelasnya, terdapat tiga kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu sebuah kereta jenis Proton Exora dinaiki lapan orang, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah treler.

Foto: Sinar Harian
Sementara itu dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang tersepit dan mengalami kecederaan dalam kereta Exora tersebut dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan.
Mayat mangsa maut juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.
Manakala dua lagi penumpang kenderaan dan pemandu treler itu selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami