awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga murid lemas mandi sungai di Kampung Inanam Laut

Bernama
Bernama
10/03/2017
13:22 MYT
Tiga murid lemas mandi sungai di Kampung Inanam Laut
Kesemua mangsa meninggal di Hospital Likas ketika menerima rawatan dan mayat mereka akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat. - Gambar hiasan
Tiga orang murid mati lemas ketika mandi sungai di Kampung Inanam Laut dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata mereka yang maut dalam kejadian 3.41 petang itu ialah Haikal Faiz, 10, Shahrizal Azhar, 9, dan Mohd Kharil Marisani, 10.
Kesemua mangsa meninggal di Hospital Likas ketika menerima rawatan dan mayat mereka akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.
"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa mandi setelah balik dari sekolah. Sedang mereka mandi, tiba-tiba seorang daripadanya tenggelam. Kedua-dua rakannya cuba menolong tetapi mereka turut lemas," katanya dalam satu kenyataan.
M.Chandra berkata orang awam yang menyaksikan kejadian itu menolong mereka termasuk menghubungi pihak bomba dan polis.
"Ketiga-ketiganya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Likas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Kampung Inanam Laut
#Kota Kinabalu
#lemas
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan