LABUAN: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menubuhkan tiga pasukan petugas sebagai usaha merancakkan ekonomi Labuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata pasukan petugas berkenaan menumpukan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
"Diterajui oleh Ketua Pengarah JWP dan timbalannya serta melibatkan penyertaan pihak berkepentingan, pasukan petugas ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya.
"Kami komited untuk melaksanakan strategi tindakan dengan segera, manakala inisiatif utama seperti pembinaan jambatan Labuan-Menumbok akan dikemukakan untuk perhatian Perdana Menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat mengenai Labuan Liberty Port oleh pengendali pelabuhan itu, Megah Port Management Sdn Bhd di sini semalam.
Dr Zaliha melahirkan keyakinan terhadap masa depan Labuan yang menerima lawatan kerap daripada Menteri Kabinet selain dua timbalan perdana menteri, menunjukkan petanda baik untuk prospek pulau bebas cukai berkenaan.
Menekankan terhadap kepentingan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal, Dr Zaliha berkata pasukan petugas itu juga akan memperincikan butiran teknikal dan penambahbaikan dasar, dengan perancangan untuk melibatkan Kementerian Pengangkutan.
"Dalam perbincangan bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke, telah ditekankan tentang usaha untuk meningkatkan ketersambungan menerusi peningkatan penerbangan dari dan ke Labuan," katanya menambah Kementerian Kerja Raya akan mengetuai kajian teknikal berkaitan cadangan pembinaan jambatan Labuan-Menumbok.
Beliau turut menyatakan komitmen bagi memacu sektor pelancongan Labuan termasuk penambahbaikan terhadap acara pelancongan terkenal iaitu Labuan International Sea Challenge (LISC).
Dr Zaliha turut menyambut baik pembangunan Ladang Tenaga Solar 5MWac di Tanjung Kubong oleh Sabah Energy Corporation (SEC), dengan menekankan peranannya dalam menambah kapasiti kuasa di pulau berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Dr Zaliha (kanan) mendengar taklimat daripada Pengarah Megah Port Management Sdn Bhd Datuk Seri Patrik Tiong (kanan) ketika membuat lawatan kerja di Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan, pada Ahad. - Gambar Bernama
Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen.
Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Ia melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.
KPM tubuh enam pasukan petugas, perkasa haluan pendidikan negara
Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan enam pasukan petugas (taskforce) bagi memperkasakan haluan pendidikan negara dalam beberapa bidang utama pada tahun ini.
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Pasukan petugas ditubuh siasat isu duti kastam terkurang kutip - Ahmad Maslan
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera.
KJRI cadang bentuk pasukan petugas kerjasama dalam ekonomi, pelaburan Indonesia dan Johor
Menerusi pasukan petugas itu, potensi pelaburan dalam pelbagai sektor akan dapat dikenal pasti di antara Indonesia dan Johor.
PRU15: K-KOMM tubuh pasukan petugas bersama polis tangani berita palsu
Pasukan itu akan dianggotai lebih 100 polis serta kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Kerajaan ambil langkah ofensif, defensif, advokasi tangani masalah keselamatan siber
Kerajaan akan mengambil langkah ofensif, defensif serta advokasi dalam usaha menangani masalah keselamatan siber negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.
Malaysia tubuh pasukan petugas kaji kesan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, pasukan petugas itu adalah usaha bersama pihaknya dan Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
KKMM akan wujud pasukan petugas kaji isu industri kreatif - Annuar
Ia juga bagi mewujudkan satu sistem yang membolehkan industri kreatif negara berkembang dengan rangka kerja tersusun.