Tiga pasukan Liga Super iaitu Selangor, Melaka United dan Felda United meraih kemenangan sulung dalam saingan bola sepak Piala Malaysia, malam tadi.
Selangor yang sebelum ini seri 1-1 menentang Terengganu di laman sendiri 4 Julai lepas, menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching pada aksi Kumpulan D.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor berkongsi empat mata dengan pendahulu kumpulan, Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas dua perlawanan namun JDT berada di tangga teratas menerusi kelebihan jaringan.
Pada aksi di Kuching, Francis Forkey Doe meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-39 sebelum pemain Sarawak, Mohammad Dzulazlan Ibrahim menghadiahkan gol kedua untuk pasukan pelawat selepas menolak masuk bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-64.
Sarawak tidak berputus asa dan berjaya meraih gol saguhati menerusi jaringan Shreen Tambi pada minit ke-82.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka United mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas juara dua kali, Kelantan pada aksi Kumpulan C.
Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Marco Simic pada minit ke-20, R.Surendran pada minit ke-30 dan Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-49.
Felda United turut meraih kemenangan sulung selepas menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC pada aksi Kumpulan B di Stadium Shah Alam.
Dua gol skuad 'The Fighters' dijaringkan oleh dua pemain import mereka iaitu Zah Rahan Krangar pada minit kelima dan Thiago Augusto Fernandes pada minit ke-88 manakala PKNS FC meraih gol saguhati menerusi Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-45.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2017
Pemain import Sarawak Milos Raickovic (tengah) diasak dua pemain Selangor Mohd Raimi Mohd Nor dan Ugochukwu Ukah (kiri) pada saingan TM Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi. -- fotoBERNAM
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan
JDT menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.
Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.
12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab.
TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah
Pasukan Lang Merah itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dalam perlawanan akan datang untuk berada selesa dalam saingan liga.
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super
JDT memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.
Isu denda: Felda United kemuka rayuan
Felda United mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemotongan geran selepas menjadi pasukan pertama mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.
JDT kembali kuasai carta Liga Super
Kemenangan kelima dari enam perlawanan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata, dengan pencabar terdekat Pahang ketinggalan dua mata di tangga ked