MARANG: Tiga remaja dilaporkan hilang ketika memikat ayam hutan dalam hutan di Pulau Kerengga, dekat sini ditemukan dalam keadaan selamat pada pagi Ahad.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zuraidi Yusuf berkata, kesemua remaja berusia antara 15 hingga 16 tahun itu dilaporkan hilang pada Sabtu.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.19 petang.
"Mereka yang dikenali sebagai Adam berusia 15 tahun dan Haris serta Amirul yang masing-masing 16 tahun dipercayai telah memasuki hutan berkenaan pada jam 11 pagi sebelum menyedari tersesat beberapa jam kemudian.
"Berdasarkan maklumat awal, ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
"Mangsa berjaya ditemui pada jam 8.13 pagi tadi di hutan tersebut sebelum mereka dibawa turun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata, kesemua mangsa didapati berada dalam keadaan lemah tanpa sebarang kecederaan yang serius.
"Mangsa hanya mengalami luka-luka kecil dan dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang untuk pemeriksaan lanjut," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024
Mangsa dilaporkan sesat di Pulau Kerengga pada Sabtu. - Foto JBPM Terengganu
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat
Ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
Semua pihak bertanggungjawab pastikan kanak-kanak, remaja tidak terlibat isu sosial - Nancy
Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terjerumus dalam isu sosial sehingga menggugat pembelajaran mereka di sekolah.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Institusi keluarga kukuh berperanan bendung remaja terlibat jenayah - Ketua Polis Kelantan
Institusi kekeluargaan yang kukuh memainkan peranan penting bagi membendung remaja terlibat dengan masalah sosial dan jenayah.
Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal
Kedua-dua penunggang motosikal tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kenderaan masing-masing telah tamat tempoh cukai jalan.
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.