Tiga maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teluk Rhu dekat sini.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat memaklumkan, tiga mangsa yang rentung ialah lelaki berumur 70 tahun, seorang wanita 34 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Laporan awal menyebut terdapat lima orang di dalam rumah berkenaan.

Kebakaran pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi juga memusnahkan sebuah lori dan dua buah kereta.