awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rentung dalam kemalangan jalan raya di Segamat

Bernama
Bernama
16/08/2020
03:17 MYT
Tiga rentung dalam kemalangan jalan raya di Segamat
Tiga rentung manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, Segamat malam tadi.
Tiga rentung manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, Segamat malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat Pegawai Bomba Kanan II Fuad Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan pada 10.47 malam dan 15 anggota berserta tiga jentera daripada BBP Segamat dan Labis digegaskan ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba di lokasi didapati dua kereta iaitu jenis Honda Accord dan Proton Saga terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya selepas kebakaran dipadamkan, pihaknya menemukan tiga mangsa yang rentung iaitu satu di tempat duduk pemandu Honda Accord dan dua lagi ditemukan di dalam kereta Proton Saga.
Nahas turut menyaksikan sembilan lagi mangsa yang menaiki tiga lagi kenderaan, iaitu tujuh yang menaiki Proton Saga berlainan dan masing-masing seorang lelaki yang memandu Perodua Alza dan Proton Wira mengalami kecederaan.
Menurutnya setakat ini maklumat mangsa belum diperoleh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti mangsa serta punca nahas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Honda
#kebakaran
#kemalangan
#kereta
#mangsa
#Melayu
#Nahas
#Perodua
#polis
#Proton
#rentung
#Segamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan