awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rumah di Kuala Muda musnah dijilat api

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/01/2023
12:17 MYT
Tiga rumah di Kuala Muda musnah dijilat api
Salah sebuah rumah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, pada petang Rabu. - Gambar JBPM
KEPALA BATAS: Tiga buah rumah musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Kuala Muda, Penaga, di sini, pada petang Rabu.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Kebakaran membabitkan tiga rumah kelas B yang terletak berhadapan Masjid Al Hidayah di Kuala Muda.
Peratusan kebakaran keseluruhan dianggarkan 80 peratus dan api telah dapat dikawal pada jam 6.50 petang.
"Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah kelas B dengan anggaran keluasan setiap rumah 20 x 50 kaki persegi.
"Kerja-kerja pengawalan dan pemadaman dijalankan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda dan Kepala Batas " kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan hari ini.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#tiga rumah musnah
#kuala muda
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan