PUTRAJAYA: Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara kerana menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan yang mayatnya dicampak dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, sembilan tahun lalu.
Ini selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2018 terhadap A, Malarvili, 32, Sunil Singh, 37, dan C. Kavin Mukilan, 30, kerana membunuh Balveer Kaur berusia 68 tahun.
Mahkamah turut mengarahkan Sunil, bekas pemandu mangsa dan Kavin Mukilan dijatuhi hukuman sebat 12 kali atas kesalahan membunuh dan hukuman tiga kali sebatan kerana menculik, menjadikan jumlah 15 kali sebatan.
Bagaimanapun Malarvili tidak dikenakan hukuman sebat kerana undang-undang melarang hukuman sedemikian dijatuhkan terhadap pesalah wanita.
Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Vazeer berkata peguam mereka mengakui bahawa berlaku penculikan tetapi tiada bukti mengenai tuntutan wang tebusan RM2 juta.
"Bagaimanapun, dua panggilan telefon dibuat oleh seorang wanita dua jam selepas mangsa diculik. Hakim perbicaraan berpendapat terdapat keterangan kukuh bahawa pemanggilnya ialah Malarvili," katanya.
Hakim juga menegaskan bahawa hakim perbicaraan membuat dapatan yang betul dalam memerintahkan ketiga-tiga mereka membela diri atas tuduhan membunuh serta mereka tidak dinafikan perbicaraan yang adil.
"Mereka tahu sangat kes pendakwaan terhadap mereka. Mereka sengaja menyebabkan kematian dengan menutup hidung dan mulut untuk melemaskan mangsa serta membuang mayatnya ke dalam laut," katanya yang bersidang bersama hakim Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Noorin Badaruddin.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorhisham Jaafar manakala Malarvili dan Kavin Mukilan diwakili peguam Jasmine Cheong dan Afifuddin Ahmad Hafifi manakala peguam Amer Hamzah Arshad, Chew Jee San, Kitson Foong dan Joshua Tay mewakili Sunil.
Pada 27 Dis 2018, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zulkifli Bakar menjatuhkan hukuman mati terhadap ketiga-tiga mereka kerana membunuh Balveer di Lebuhraya Utara-Selatan, Perak pada jam11.02 malam, 13 Feb, 2015.
Mereka didakwa menutup mulut mangsa sehingga mati lemas dan kemudian membuang mayatnya ke dalam laut, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didapati bersalah kerana menculik dan mengurung mangsa secara salah untuk mendapatkan wang tebusan RM2 juta di tapak pembinaan di Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Ptetaling Jaya, Selangor, pada jam 12 tengah hari hingga jam 5.53 petang, 13 Feb 2015.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara. - Gambar hiasan
Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
Penganalisis jangkakan stok minyak sawit meningkat
Penganalisis daripada firma penyelidikan menjangkakan stok simpanan minyak sawit mentah (MSM) meningkat dalam beberapa bulan akan datang dan berpotensi memberikan tekanan kepada harga.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus
Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan purata kadar pengangguran 2024 berada pada paras 3.4 peratus disokong jurang pertumbuhan dan guna tenaga yang stabil.
MSPO disaran tumpu aspek beri nilai tambah kepada industri sawit negara
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) disarankan memberikan perhatian kepada tiga perkara untuk memastikannya dapat teru
Amnesty International dakwa China ugut pelajar terlibat aktivisme politik
Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International mendakwa China menyasarkan pelajar di luar negara yang terbabit dalam aktivisme politik dengan beberapa pelajar melaporkan gangguan terhadap ahli keluarga.
Arab Saudi nasihat umat Islam jangan terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan ikla palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Shakilla Khoriri luah rasa syukur dapat hak hadanah interim anak
Shakilla menerusi Instagram miliknya pada petang Isnin memberitahu dia yakin dengan doa dan perancangan Allah untuk dirinya serta keluarga.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak jadi Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri mempertimbangkan wakil Sarawak bagi menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
[TERKINI] Lagi pokok tumbang, sebuah kereta dihempap
Difahamkan sebuah kenderaan dihempap pokok dalam di hadapan Kuwait Bank, berdekatan Jalan Pinang di ibu negara.
Hari Jururawat Antarabangsa: 500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Al-Daqran menyeru komuniti antarabangsa dan orang-orang yang bebas di dunia untuk melindungi petugas perubatan dan institusi kesihatan serta menjenayahkan serangan terhadap mereka.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Tidak dapat perbicaraan adil, tiga sahabat dilepas, dibebas daripada tuduhan bunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini melepaskan dan membebaskan tiga sahabat termasuk seorang wanita daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya sehingga kini tidak dijumpai.
Edar dadah, tiga sahabat berhadapan tali gantung
Tiga sahabat berdepan hukuman gantung selepas dihadap ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas kesalahan mengedar dadah di Kampung Sungai Division pada 9 Januari lalu.
Tiga rakan didakwa edar lebih 119 kilogram dadah
Ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 119.705 gram.
Tiga sahabat dituduh edar ganja 190kg di Kuala Perlis pada pagi Aidilfitri
Tiga sahabat berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di Kuala Perlis.
Berjalan 1,293km sebar mesej kesedaran kanser
Tiga sahabat mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan membuat saringan awal pemeriksaan kanser.