awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek direman 3 hari bantu kes peniaga maut ditikam 27 kali

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/12/2023
05:21 MYT
Tiga suspek direman 3 hari bantu kes peniaga maut ditikam 27 kali
Dalam kejadian petang Selasa, lelaki yang menjual nasi ekonomi itu maut selepas ditikam sebanyak 27 kali menggunakan senjata pisau di seluruh tubuhnya di ruang letak kereta di sebuah apartmen. -Foto PDRM
GEORGE TOWN: Polis menahan reman tiga suspek bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga makanan warga emas yang maut ditikam 27 kali dalam kejadian pergaduhan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Jalan Perak, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan berkata dua suspek lelaki dan seorang wanita ditahan reman selama tiga hari hingga 8 Disember bagi membantu siasatan.
Saravanan berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia 29 hingga 42 tahun ditahan sekitar Jelutong pada jam 7.30 malam selepas gerakan memburu suspek dijalankan.
"Mereka ditahan semalam, dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek ini adalah kawan rapat si mati, bagaimanapun motif pembunuhan belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian petang Selasa, lelaki yang menjual nasi ekonomi itu maut selepas ditikam sebanyak 27 kali menggunakan senjata pisau di seluruh tubuhnya.
Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian dan pondok pengawal, dan mendapati dua lelaki bermotosikal yang memasuki kawasan parkir apartmen tersebut sebelum seorang daripada suspek itu bertindak menyerang dan menikam mangsa.
Berdasarkan kesan tikaman pihak polis percaya kejadian bukan bermotifkan samun tetapi lebih kepada mahu membunuh mangsa.
Ia berikutan wang dan beberapa barangan milik mangsa masih berada pada badan mangsa.
Mangsa juga tinggal di pangsapuri tersebut dan pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai rekod lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Topic Berkaitan
#tikam 27 kali
#peniaga makanan warga emas
#pangsapuri di Jalan Perak
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan