awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek pengubahan wang haram syarikat penerbangan bebas dengan jaminan

Bernama
Bernama
30/10/2023
04:40 MYT
Tiga suspek pengubahan wang haram syarikat penerbangan bebas dengan jaminan
Ramli berkata dua suspek dibebaskan semalam, manakala seorang lagi hari ini selepas tempoh tahanan reman mereka tamat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga suspek yang ditahan pada Khamis lepas bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengubahan wang haram melibatkan syarikat penerbangan tambang rendah sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata dua suspek dibebaskan semalam, manakala seorang lagi hari ini selepas tempoh tahanan reman mereka tamat.
Semalam, Bernama melaporkan seorang peguam sebuah syarikat pelaburan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline telah dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat lepas.
Pada 26 Okt, empat individu termasuk peguam itu ditahan dan direman empat hari bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat MYAirline.
Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar "Datuk" serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#MYAirline
#suspek dibebas
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan