awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk pengarah syarikat ditahan kes rasuah projek pembalakan di Pahang

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2020
01:07 MYT
Tiga termasuk pengarah syarikat ditahan kes rasuah projek pembalakan di Pahang
Tiga individu ditahan atas kesalahan memberi dan menerima rasuah yang melibatkan wang berjumlah RM3 juta. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ahli Lembaga Pengarah dan dua Pengarah Syarikat berhubung kes rasuah yang melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta.
Ketiga-tiganya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Mereka yang berusia antara 39 dan 73 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM lewat petang semalam.
Menurut sumber, mereka ditahan atas kesalahan memberi dan menerima rasuah yang melibatkan wang berjumlah RM3 juta.
Ini berhubung pengambilalihan projek pembalakan di salah satu daerah di negeri Pahang seluas 6,591.67 ekar pada 2015 lalu.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan boleh dikenakan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut.
Topic Berkaitan
#ahli lembaga pengarah
#pembalakan
#pengarah syarikat
#Rasuah
#reman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan