KUALA LUMPUR: Tiga treler membawa barangan perubatan, makanan dan minuman berjumlah AS$1.5 juta (RM7.2 juta) yang sebahagiannya disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk warga Palestin, akan bertolak ke sempadan Mesir-Palestin menuju Gaza, selewat-lewatnya Isnin ini.
Ketiga-tiga treler sepanjang 12 meter yang membawa kesemua barangan bantuan itu akan bertolak dari Kaherah ke bandar Al-Arish yang terletak 45 kilometer dari lintasan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza.
Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Mohd Johari Ismail berkata kerja-kerja memasukkan barangan bantuan kecemasan itu ke dalam kotak dan dibawa naik ke atas lori mula dilakukan semalam (27 Okt) dibantu oleh sukarelawan MCM yang berada di bandar Kaherah, Mesir sejak 10 hari lepas.
Beliau berkata pihaknya telah membelanjakan lebih RM500,000 untuk pembelian barangan bantuan itu daripada RM1.5 juta yang sudah dibelanjakan untuk bantuan kecemasan Palestin, dan majoriti sumbangan disalurkan terus kepada MCM Palestin di Gaza yang diketuai penduduk tempatan, Ahmad Abu Ayesh.
"Untuk bantuan dari Mesir pula MCM dan Muslim Care Egypt bergabung dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Miles of Smiles yang berpejabat di London dan turut dianggotai NGO dari United Kingdom, Jordan, Turkiye dan Sweden.
"Antara makanan yang akan dihantar ke Gaza ialah daging, ikan dan kacang dalam tin, tepung gandum, keju, serbuk teh, manisan serta air minuman di dalam botol. Barangan itu dimasukkan ke dalam kotak kecil yang setiap satu seberat lapan kilogram," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Bagi barangan perubatan pula, Mohd Johari memaklumkan antara barangan yang dibawa ialah pembalut luka, kerusi roda, katil, pengusung beroda, tongkat, alat pengimbas serta mesin ECG (elektrokardiogram) untuk rawatan jantung.
Menurutnya, Al-Arish kini menjadi pusat pengumpulan barangan bantuan untuk ke Gaza dan sebuah stadium digunakan bagi tujuan berkenaan.
"Malah, kerajaan Mesir bercadang membuka hospital medan di bandar itu sebelum melonggarkan kawalan pintu sempadan untuk merawat ribuan rakyat Palestin yang cedera," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kemasukan lori membawa bantuan kecemasan ke Gaza masih terhad dan setakat ini, hanya 74 lori yang membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan dibenarkan melepasi lintasan Rafah, manakala ratusan lori lagi masih beratur di pintu sempadan menunggu giliran.
Mohd Johari memaklumkan pihak Miles of Smiles turut mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Mesir untuk merancang kerjasama, namun difahamkan petugas mereka juga tidak dibenarkan untuk memasuki Gaza.
"Hanya barangan bantuan dibenarkan. PBSM Mesir juga kini memusatkan operasi dan bantuan kecemasan mereka di Al-Arish," katanya.
Beliau berkata pasukan MCM sedikit kecewa kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Mesir untuk menyertai konvoi tiga treler itu ke Al-Arish, namun tugas dan amanah rakyat Malaysia akan tetap dilaksanakan.
"Insya-Allah selepas kami bertiga pulang pada Sabtu, akan ada pasukan MCM yang menyambung tugas kami untuk fasa berikutnya. Pastinya, fokus kami selepas ini adalah untuk ke Al-Arish dan seterusnya masuk ke Gaza jika mendapat lampu hijau," katanya.
Mohd Johari mengetuai pasukan MCM dalam misi membawa bantuan itu yang turut disertai Setiausaha Agung MCM Ahmad Safuan Ujar dan Exco Media MCM Tuan Asri Tuan Hussein.
Selain itu, pihak-pihak yang turut sama berkolaborasi dengan MCM dalam misi membawa bantuan kecemasan kepada rakyat Palestin dalam perang kali ini ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) dan One Nation.
MCM turut menyertai Op Ihsan dikoordinasikan Wisma Putra dengan gabungan 45 NGO Malaysia membabitkan penghantaran bantuan kecemasan sebanyak 50 tan bernilai RM7 juta dengan menggunakan pesawat udara yang dijadualkan terbang ke Al-Arish pada 3 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) sedang menyusun atur bantuan kecemasan yang akan dihantar ke Gaza. - Foto MCM
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.