awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga unit penting diwujudkan untuk bawa UMNO ke hadapan - Zahid

Hilal Azmi
Hilal Azmi
04/07/2018
11:59 MYT
Tiga unit penting diwujudkan untuk bawa UMNO ke hadapan - Zahid
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kesemua lantikan baru akan dibuat selepas perbincangan dengan timbalan presiden dengan mengambil kira personaliti individu berkenaan.- Foto ASTRO AWANI / Hilal Azmi
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung pada Rabu bersetuju untuk mewujudkan tiga unit baru meliputi aspek kepimpinan, penyelidikan dan perundangan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua akujanji calon Presiden akan diteliti oleh satu unit jawatankuasa khas yang dipimpin oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Kita harus bergerak ke hadapan dengan mengambil kira semua manifesto calon presiden.
“Kita juga serius berkaitan penyelidikan yang akan dipimpin oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bukan saja meliputi isu politik tetapi juga isu negara.
“Hal perundangan pula akan diketuai Datuk Seri Azalina Othman bagi melihat dan memberi input kepada parti serta pimpinan berhubung masalah perundangan yang sedang serta akan dihadapi UMNO,” katanya ketika sidang media seleas mempengerusikan Mesyuarat MT di Menara Dato Onn di sini, hari ini.
Mesyuarat hari ini merupakan yang pertama diadakan selepas Pemilihan UMNO baru-baru ini.
Pada masa sama, Ahmad Zahid turut memaklumkan ia juga merupakan pembabitan terakhir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan juga Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Beliau menambah kesemua lantikan baru akan dibuat selepas perbincangan dengan Timbalan Presiden dengan mengambil kira personaliti individu berkenaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
#Datuk Seri Mohamad Hasan
#MT UMNO
#Presiden UMNO
#Timbalan Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan