SHAH ALAM: Kurang dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam Fasa Peralihan ke Endemik, jualan tiket bas ekspress ke semua destinasi di semenanjung negara dilihat laris dijual 'bak pisang goreng panas'.
Tinjauan Bernama di Terminal 17, di Seksyen 17, di sini mendapati sebagaimana kelaziman tiket bas ekspres ke Pantai Timur terlebih dahulu habis terjual berbanding ke negeri lain, terutamanya tiket ke Kelantan yang laris dijual sejak minggu pertama penjualannya, bermula pada 1 April lepas.
Suasana di stesen itu juga dilihat agak lengang dengan hanya beberapa pengunjung datang untuk membeli tiket.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata setakat hari ini 11,392 keping tiket terjual, dan majoriti pelanggan dilihat tidak menunggu saat akhir untuk membeli tiket.
"Mereka membeli tiket sejak hari pertama tiket itu mula dijual. Tahun ini penjualan tiket sangat menggalakkan berbanding tahun lepas kerana hanya beberapa pergerakan penting sahaja dibenarkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Shahrin berkata pada tahun ini 45 peratus tiket dibeli secara dalam talian dan beliau menjangka penjualan tiket itu akan terus meningkat pada minggu ini.
Sementara itu seorang pekerja penghantar makanan, Zulazham Mohd Rayes, 36, ketika ditemui di sini berkata beliau yang membeli tiket ke Alor Star, Kedah pada 30 April depan bagi pihak rakannya mendapati tiket ke utara masih ada, namun hanya pada tarikh tertentu sahaja.
"Rakan saya pilih naik pengangkutan awam sebab mahu jimat, jika memandu sendiri kos untuk balik (ke kampung) akan lebih besar. Lagipun tahun ini ramai yang akan pulang beraya di kampung, jalan pasti sesak," katanya.
Kerani, Norasmat Ahmad, 28, pula berkata beliau telah membeli tiket untuk pulang ke Jerantut, Pahang sejak hari pertama tiket itu mula dijual, dan dijadual kembali ke kampung halamannya pada 28 April depan.
"Saya beli awal kerana khuatir tiket bas habis, apabila kerajaan umum tiada sekatan perjalanan akan dikenakan pada Hari Raya Aidilfitri, saya terus rancang tarikh untuk pulang ke kampung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Penjualan tiket bas tahun ini sangat menggalakkan berbanding tahun lepas yang menyaksikan sekatan pergerakan rentas sempadan masih dikuat kuasa. - Gambar hiasan/ Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Suami isteri maut kemalangan, hasrat balik raya di Sabah tak kesampaian
Hasrat sepasang suami isteri untuk pulang beraya ke Sabah tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Persiaran Forest Height 1, di sini pada Isnin.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
50,000 tiket bas balik raya sudah terjual - E-Mutiara
Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri.
Balik raya: Tiket bas ke Pantai Timur habis terjual
Tinjauan mendapati, tiket bas ekspres ke Pantai Timur habis terlebih dahulu berbanding negeri lain sejak penjualan dibuka, tiga minggu lalu.
Maritim sedia gempur sindiket, PATI menjelang Aidilfitri
Maritim Malaysia bersedia hadapi ancaman pergerakan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya menjelang Aidilfitri.
Tiket bas balik raya laris bak 'pisang goreng panas'
Shahrin berkata pada tahun ini 45 peratus tiket dibeli secara dalam talian dan beliau menjangka penjualan tiket itu akan terus meningkat pada minggu ini.
IPT keluarkan surat untuk pelajar pulang beraya, tak perlu ke balai polis
Pelajar, ibu bapa atau penjaga hanya perlu menunjukkan surat berkenaan kepada anggota keselamatan di sekatan jalan raya (SJR).
Boleh balik raya jika kepatuhan SOP tinggi! Ini 6 indikator penilaian risiko KKM
KKM menggariskan enam indikator yang untuk membolehkan kementerian itu menasihati atau mencadangkan sesuatu perkara kepada Jawatankuasa Teknikal.
KTMB tawar lebih 900,000 tiket balik raya
KTMB menawarkan lebih 900,000 tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang disambut pada Mei.
Orang kaya Kelantan sewa helikopter balik raya
Orang-orang kaya Kelantan tidak perlu lagi gusar untuk menempuh kesesakan jalan raya atau bimbang tiket pesawat komersial sudah habis pada musim perayaan Aidilfitri.