KUALA LUMPUR: Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi 2023 akan dibuka mulai 15 Nov ini, menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan perjalanan bertarikh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 dengan menggunakan jadual waktu sedia ada bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut.
Perkhidmatan ETS menawarkan 1.8 juta tiket bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 manakala perkhidmatan KTM Intercity menawarkan 2.6 juta tiket.
Perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui 32 perkhidmatan melibatkan 10 laluan Kuala Lumpur (KL) Sentral-Butterworth, KL Sentral-Ipoh (10), KL Sentral-Padang Besar (8) dan masing-masing dua laluan bagi Gemas-Butterworth dan Gemas-Padang Besar.
Sementara itu, perkhidmatan KTM Intercity menawarkan 53 perkhidmatan seperti Shuttle Timuran yang melibatkan perjalanan dari Gemas-Kuala Lipis-Tumpat dan Ekspres Rakyat Timuran bagi perjalanan dari JB Sentral ke Tumpat.
Tren Ekspres Selatan pula melibatkan perjalanan dari Gemas ke JB Sentral manakala Shuttle Tebrau dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura.
Perkhidmatan KTM Intercity melibatkan 14 laluan bagi Shuttle Timuran, dua perkhidmatan bagi Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan (enam perkhidmatan) dan Shuttle Tebrau (31 perkhidmatan).
"Jualan tiket ini dibuka untuk tempoh enam bulan yang akan datang bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang akan menyambut Tahun Baharu Cina, Aidilfitri atau yang merancang pulang ke kampung semasa musim cuti sekolah serta bercuti dalam negara," menurut KTMB.
KTMB menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan jimat.
Para pengguna juga disaran membeli tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) sedia ada atau laman sesawang KTMB.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi 2023 akan dibuka mulai 15 Nov ini, menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Aidilfitri: KTMB sedia lebih 15,000 tiket tambahan - Anthony Loke
Khusus ke Pantai Timur, KTMB turut menyediakan dua perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri pergi dan balik.
Tiket ETS, KTM Intercity 2023 mula dijual 15 Nov - KTMB
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi 2023 akan dibuka mulai 15 Nov ini, menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).