awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Skim insurans asas kunci penjagaan kesihatan mampu milik - Lee Lam Thye
MALAYSIA
Kerajaan Johor jamin tiada gangguan bekalan minyak masak peket - MB
MALAYSIA
Kempen Buah Tempatan diperhebat, sokong petani tempatan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Tingkat aspek penguatkuasaan, pendakwaan kes penipuan pakej haji, umrah - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
27/06/2025
08:30 MYT
Sponsor Banner
Tingkat aspek penguatkuasaan, pendakwaan kes penipuan pakej haji, umrah - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, berkata tindakan pendakwaan dan hukuman yang lebih berat mampu memberi pengajaran kepada pihak terlibat, sekali gus mengurangkan kejadian seumpama itu pada masa akan datang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aspek penguatkuasaan dan pendakwaan berhubung kes penipuan pakej haji dan umrah perlu diperkasa serta dilaksanakan dengan lebih tegas bagi membendung isu tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Ringkasan AI
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru agar penguatkuasaan dan pendakwaan kes penipuan pakej haji dan umrah diperkasa, dengan hukuman lebih berat bagi memberi pengajaran dan melindungi jemaah.
  • Tabung Haji dan MOTAC boleh menarik lesen syarikat terlibat, namun hanya polis dan pihak pendakwaan mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan lanjut terhadap penipuan.
  • Kerajaan Arab Saudi turut memperketat penguatkuasaan terhadap jemaah tanpa visa sah, termasuk serbuan ke hotel dan penginapan, bagi mengelakkan pelanggaran peraturan haji.

Beliau berkata tindakan pendakwaan dan hukuman yang lebih berat mampu memberi pengajaran kepada pihak terlibat, sekali gus mengurangkan kejadian seumpama itu pada masa akan datang.
Katanya Lembaga Tabung Haji sebagai institusi yang menguruskan hal ehwal haji tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap kes seumpama itu.
"Saya fikir penguatkuasaan amat penting. Kita sudah tubuhkan pasukan petugas khas yang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tabung Haji (TH), namun di bawah Akta Tabung Haji, mereka tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan.
"TH hanya boleh membuat aduan kepada polis, dan seterusnya pihak pendakwaan akan mengambil tindakan. Maka, apabila sudah ada pendakwaan dan hukuman yang berat, kita perlukan penguatkuasaan serta pendakwaan yang lebih tegas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun1447H/2025M di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata di peringkat TH, sekiranya syarikat berlesen di bawah agensi itu terlibat dalam penipuan, lesen syarikat berkenaan akan ditarik serta-merta. MOTAC turut mempunyai kuasa yang sama terhadap agensi pelancongan yang menguruskan ibadah umrah.
Mengambil contoh penguatkuasaan tegas yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi, Mohd Na'im berkata, negara itu berjaya menghalang kemasukan jemaah haji tanpa visa sah melalui pelbagai tindakan pengawasan dan operasi.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah pagi tadi. Beliau memaklumkan bahawa penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan tahun ini termasuk serbuan ke hotel dan rumah penginapan," katanya.
"Saya berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah pagi tadi. Beliau memaklumkan bahawa penguatkuasaan lebih ketat dijalankan tahun ini termasuk serbuan ke hotel dan rumah penginapan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan perjalanan 47 jemaah warga emas Malaysia untuk menunaikan haji bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka ditipu ejen, termasuk meredah laluan berbahaya ke Makkah sebaik tiba di Jeddah, susulan kawalan ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Pada April lepas, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menetapkan hukuman terhadap individu dan pihak yang melanggar peraturan permit haji, termasuk larangan memasuki negara itu selama 10 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jejak Al-Haramain
#penipuan haji
#penipuan umrah
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami