awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan mesra Tun Mahathir di Jalan TAR raih 2,000 tandatangan Deklarasi Rakyat - Syed Saddiq

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2016
04:52 MYT
Tinjauan mesra Tun Mahathir di Jalan TAR raih 2,000 tandatangan Deklarasi Rakyat - Syed Saddiq
Tinjauan Tun Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang tersebut antara lain adalah untuk mendapatkan orang ramai untuk menandatangani Deklarasi Rakyat. - Foto Twitter Azfarinaz Amran
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu malam melakukan tinjauan mesra bersama beberapa pemimpin pembangkang di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman di sini bagi mendapatkan orang ramai untuk menandatangani Deklarasi Rakyat.
Menurut Presiden Kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, lebih 2,000 tanda tangan telah dikumpul sepanjang tinjauan itu.
"Kami bersama-sama mengharungi lautan manusia di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Tidak sampai satu jam, kami telah berjaya mengumpul lebih 2,000 tandatangan untuk Deklarasi Rakyat," kata Syed Saddiq di laman Instagramnya.
Picture speaks louder than words :) Kita bersama mengharungi lautan manusia di pasar malam Jalan TAR. Tak sampai satu jam, kami telah pun berjaya mengumpul lebih 2000 tandatangan untuk deklarasi rakyat. Bagi mereka yang masih belum menandatangani deklarasi rakyat- https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1&fbzx=-6630202112228694000
A photo posted by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Apr 16, 2016 at 7:24am PDT
Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Afif Bahardin dan Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.
At Coliseum, #saveMalaysia leaders taking a break after walkabout at Pasar Malam Jalan TAR pic.twitter.com/hMWLNrWSRL
— Dr. Afif Bahardin (@afifbahardin) April 16, 2016
Pada 4 Mac lepas, Dr Mahathir bersama lebih 50 pemimpin dan bekas pemimpin menandatangani Deklarasi Rakyat bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan.
Selain itu, deklarasi ini juga menuntut untuk mengembalikan integriti institusi yang didakwa telah dilemahkan, seperti polis, SPRM , Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Topic Berkaitan
#Deklarasi Rakyat
#Mahathir Mohamad
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan