KUCHING: Jaguh tinju Asia Daeloniel McDelon Bong menjangkakan pertarungan sengit apabila berdepan Yuttichai Wanawong dari Thailand bagi merebut tali pinggang Super Bantamweight Kejohanan Tinju Dunia (WBC) pada 11 Mei ini.
Walaupun beraksi di Stadium Tertutup di sini yang juga merupakan gelanggang sendiri, namun McDelon yang terkenal dengan julukan Kilat Boy berkata beliau perlu berwaspada dengan lawannya yang bukan calang-calang.
"(Wannawong) mempunyai banyak pengalaman dan beliau lebih tinggi berbanding saya tapi saya bersama pasukan telah memikirkan taktik untuk berdepan dengannya. Ia sudah pasti sengit," kata petinju kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu kepada pemberita selepas menjalani latihan di sini semalam.
Pertembungan akan datang merupakan yang ke-11 sejak bergelar profesional pada 2016 dan beliau telah mendapatkan khidmat jurulatih tinju profesional Filipina Reynaldo Inocian bagi menghadapi perlawanan berkenaan.
Beliau berkata sejak tiba di sini minggu lepas, Inocian, 56, yang merupakan ahli pasukan latihan bekas juara tinju dunia Manny Pacquiao, telah menyediakan program latihan yang agak keras sebagai persediaan untuknya menghadapi jaguh dari Thailand itu.
"Setelah lima hari menjalani latihan di bawah Inocia, saya rasa stamina, kecergasan dan taktik telah meningkat tapi saya akan perbaiki lagi dari semasa ke semasa sehingga hari pertandingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Kejohanan Tinju Dunia Super Bantamweight akan berlangsung pada 11 Mei ini antara Daeloniel McDelon Bong dan Yuttichai Wanawong. - Foto Instagram Daeloniel
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Tinju: Kilat Boy jangka pertembungan sengit berdepan Wannawong
Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, McDelon berkata beliau perlu berwaspada dengan lawannya yang bukan calang-calang.
McGregor kembali semula ke Las Vegas
Pertarungan welterweight itu akan menjadi tumpuan utama, tiga tahun selepas McGregor patah kaki kiri semasa menentang Dustin Poirier.
ONE Championship: Johan Ghazali bakal buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares
Bintang meningkat naik itu akan bertarung dengan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17.
Pertarungan Zuckerberg-Musk mungkin tidak berlaku - Pemilik Meta
Menerusi Meta Threads pada Sabtu, Zuckerberg berkata sudah tiba masanya untuk melupakan pertarungan itu.
Adli Hafidz harus lepaskan lima tali pinggang
Adli Hafidz dijangka berehat sekurang-kurangnya enam bulan selepas menjalani pembedahan dan kembali mencabar IBF Asia pada tahun depan.
Tinju Piala Agong kembali selepas lebih sedekad
Dia berharap kejohanan itu boleh diadakan pada tarikh berdekatan sambutan Hari Merdeka.
McGregor akui miliki teknik kalahkan Islam Makhachev
McGregor akui kagum dengan corak pertarungan dipamerkan Islam Makhachev di UAE, namun menegaskan dia ada tekniknya sendiri.
Adli terlepas gelaran WBC Continental Asia
Tewas kepada Shiva Thakran, pertarungan sengit diheret sehingga ke pusingan ketujuh.
Abdul Qaiyum hadiahkan emas buat Perak selepas lapan tahun
Beliau menewaskan petinju Pulau Pinang, R. Pavithran dengan keputusan 5-0.
Sukan SEA Hanoi: Hasrat dua peninju negara mara ke final tidak kesampaian
Hasrat untuk melihat dua peninju negara melangkah ke final pada Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian apabila mereka terkandas di peringkat separuh akhir di Gimnasium Bac Ninh dekat sini hari ini.