awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tipu sewa tapak bazar Ramadan menerusi FB, remaja 19 tahun ditahan polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/05/2022
09:34 MYT
Tipu sewa tapak bazar Ramadan menerusi FB, remaja 19 tahun ditahan polis
Mohd Mahidisham Ishak berkata, semakan mendapati suspek merupakan pemilik akaun yang diberikan kepada mangsa untuk memindahkan wang pendahuluan tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun selepas dipercayai memperdaya orang ramai menerusi laman sosial Facebook untuk membayar deposit bagi sewa tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil yang tidak diteruskan.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, polis menahan reman lelaki itu empat hari bermula Sabtu lalu.
Penahanan itu katanya dibuat selepas polis menerima enam laporan daripada mangsa yang ditipu untuk membayar deposit antara RM1,500 dan RM2,700, yang jumlah keseluruhannya membabitkan RM11,300.
"Kesemua mangsa menyedari mereka ditipu selepas penganjur bazar tersebut mengesahkan program tersebut tidak diteruskan dan juga tidak menerima wang pendahuluan daripada mereka," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mohd Mahidisham menambah, semakan mendapati suspek merupakan pemilik akaun yang diberikan kepada mangsa untuk memindahkan wang pendahuluan tersebut.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Mohd Mahidisham meminta orang ramai yang terpedaya dengan penipuan sewa tapak Ramadan dan Festival Aidilfitri di Stadium Bukit Jalil itu supaya tampil membuat laporan atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Cheras, Asisten Supritendan Janarthanan Nair Govindan di talian 012-5734 374 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#tipu tapak ramadan
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#Polis Diraja Malaysia
#peniaga
#Bazar Ramadan
#Bukit Jalil
#kes penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan