awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB buat penilaian kerugian menyeluruh selepas banjir pulih

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
09/01/2021
06:42 MYT
TNB buat penilaian kerugian menyeluruh selepas banjir pulih
TNB juga telah mengambil tindakan menutup sementara pencawangnya di kawasan tertentu yang dilanda banjir bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA NERANG:Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melakukan perkiraan ke atas nilai sebenar kerugian yang ditanggung susulan banjir yang berlaku di negeri Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan.
Menurut Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, penilaian keseluruhan akan dibuat bermula minggu hadapan selepas keadaan banjir yang masih berlaku di beberapa tempat di negeri terlibat mulai surut.
Jelas beliau, pihaknya menganggarkan jumlah kerugiaan keseluruhan adalah mencecah jutaan ringgit namun ia merupakan nilai yang lebih kecil berbanding ketika berlakunya banjir pada 2014.
Ia selepas beberapa inisiatif awal yang diambil berdasarkan kejadian lebih enam tahun lalu termasuk pemasangan pencawang elektrik di tempat yang lebih tinggi.
Mahdzir turut menegaskan bahawa, pihak TNB sentiasa bersiap sedia selama 24 jam di Pusat Operasi TNB di empat negeri berkenaan dalam memberikan bantuan bekalan elektrik kepada mangsa banjri terutamanya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
TNB juga menurutnya akan menutup bekalan eletrik di kawasan-kawasan yang dinaiki air banjir dalam memastikan keadaan keselamatan penduduk berada pada tahap yang selamat selain mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, generator khas (genset) akan dipasang bagi membekalkan tenaga elektrik terutama di sekolah-sekolah yang dijadikan lokasi PPS.
"Bila pergi (melawat kawasan) kelmarin (Jumaat) ke Pahang, saya dapat tengok banyak pencawang diletak di tempat (tinggi) macam dia letak atas rumah, atas tangga. Jadi yang itu dapat diselamatkan. Tapi banyak lagi yang rosak, sebab ia tenggelam terus.
"Saya ingat dalam seminggu lagi bila dah surut sikit kita akan kira, tapi kita perbaiki terus, sebab kita taknak bagi masyarakat tak ada bekalan elektrik. Kalau dapat selesaikan terus perbaiki. Kalau tak perbaiki, kena bawa generator masuk untuk bekalkan elektrik. Kesiapsiagaan 24 jam bilik operasinya di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas penyampaian Sumbangan Bantuan Persekolahan di Bangunan UMNO Parlimen Padang Terap, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mahdzir menjelaskan bahawa, daerah Temerloh menjadi antara lokasi yang paling terjejas ketika lawatannya ke negeri Pahang pada Jumaat dan menyatakan bahawa nilai kerugian yang dihadapi TNB di daerah berkenaan menjadi antara yang tertinggi.
Topic Berkaitan
#TNB
#penilaian
#Mahdzir Khalid
#Tenaga Nasional Berhad
#banjir
#kerugian banjir
#terengganu
#Johor
#Pahang
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan