KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan elektrik di pusat penyimpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin COVID-19 seluruh negara, kekal stabil sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Datuk Ir. Baharin Din berkata, perbincangan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dan sedang diteruskan, bagi memperinci keperluan KKM terutama melibatkan usaha mengelakkan gangguan bekalan di lokasi penyimpanan vaksin.
"TNB akan memastikan sistem bekalan elektrik utama dan alternatif beroperasi dengan baik, di semua pusat penyimpanan dan pusat pemberian vaksin.
"TNB juga merangka pelan kontigensi pemulihan bekalan dengan pantas di beberapa pencawang yang dikenal pasti, melalui pemasangan sistem pengalihan bekalan secara automasi kawalan jauh antaranya 'Normal Off Point' (NOP), 'Automated Transfer Scheme' (ATS) dan 'Remote Terminal Unit' (RTU)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerja-kerja 'penyelenggaraan berdasarkan keadaan' (CBM) terhadap pencawang dan pembekal elektrik ke pusat penyimpanan vaksin telah dilaksanakan, bagi mengelakkan kegagalan pada sistem.
TNB juga melakukan sesi keterlibatan dengan pihak hospital dan klinik kesihatan, untuk memastikan set janakuasa mereka berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.
Pasukan teknikal TNB akan berada dalam keadaan siap sedia, serta set-set janakuasa bergerak akan diletakkan di lokasi-lokasi strategik, bagi memastikan tindakan yang pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan, di pusat-pusat penyimpanan vaksin.
Malaysia bakal menerima vaksin Pfizer-BioNTech bermula 21 Feb, disusuli pelaksanaan fasa pertama program imunisasi pada 26 Feb.
Bekalan elektrik yang stabil diperlukan kerana vaksin tersebut perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.
Baharin memaklumkan syarikat utiliti itu turut menyediakan dua saluran perhubungan khusus (talian khas), kepada pusat penyimpanan vaksin bagi membolehkan komunikasi pantas dengan TNB jika berlaku gangguan.
Dalam pada itu, Baharin memohon kerjasama kontraktor-kontrakor yang melakukan kerja-kerja pengorekan berhampiran kabel bawah tanah TNB, untuk menghubungi syarikat utiliti itu sebelum memulakan kerja bagi mengelak kerosakan pada kabel, seterusnya menyebabkan gangguan bekalan terutama di pusat-pusat penyimpanan vaksin.
Orang ramai boleh melaporkan gangguan bekalan atau sekiranya menyedari sebarang kejanggalan pada pepasangan TNB, melalui talian TNB CareLine 15454.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021

TNB akan memastikan sistem bekalan elektrik utama dan alternatif beroperasi dengan baik, di semua pusat penyimpanan dan pusat pemberian vaksin. - Gambar hiasan

"Saya sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk" - Rayu Ketua Polis Negara pada JPA
Tan Sri Abdul Hamid Bador mahu berhabis-habisan banteras ancaman dadah dalam negara.

Perikatan Nasional bergelut 'beli'dan 'ugut' MP sebelum sidang Parlimen - Anwar Ibrahim
Perikatan Nasional terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai keyakinan selain hilang sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen, dakwa Anwar Ibrahim.

Pendidikan | Setahun sistem pendidikan negara diuji
Setahun sistem pendidikan negar diuji kerana pandemik COVID-19. Namun hari ini, sesi persekolahan bagi tahun 2021 akhirnya membuka tirai apabila murid pra sekolah, tahun satu dan tahun dua dibenarkan hadir ke sekolah. Untuk mengulas lanjut mengenai setahun sistem pendidikan negara diuji ini, bersama dengan kami ketika ini Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Jenayah: Lebih lima sindiket dadah didalangi VVIP
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dedahkan terdapat lebih lima sindiket dadah yang didalangi VVIP bergelar datuk dan tan sri.

Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran - Khairy
Kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

Kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin
Individu di kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi...
Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi dengan syarat telah menghubungi pakar yang merawat mereka untuk dinilai, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Jangan benarkan sesiapa potong 'queue'
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sedang mempertimbang untuk tambah kuasa kepada Kementerian Kesihatan untuk beri kompaun kepada mereka yang potong 'queue"

Tiada target bagi angka pendaftaran, tetapi ia masih rendah
"Tiada target bagi angka pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, tetapi ia masih rendah," kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Farmasi pandu lalu kurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Oya
Dengan adanya farmasi pandu lalu itu, 300 kehadiran pesakit harian dapat dikurangkan dan memudahkan pungutan ubat biasa di klinik.

Kebakaran Jambatan Pulau Pinang: TNB perlu tiga bulan untuk baiki kerosakan - Zairil
TNB memerlukan masa tiga bulan untuk membaiki kerosakan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di km3.2 yang terbakar petang Isnin.

10 beranak bersyukur tidak perlu lagi berhimpit dalam rumah dua bilik
Setiap pagi 10 itu beranak terpaksa berebut giliran menggunakan satu-satunya bilik air yang ada dalam rumah itu.

TNB pastikan bekalan elektrik stabil di pusat penyimpanan vaksin
TNB juga merangka pelan kontigensi pemulihan bekalan dengan pantas di beberapa pencawang yang dikenal pasti.

12 premis judi di Ampang Jaya dipotong bekalan elektrik
Sebanyak 12 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Ampang Jaya dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

Pengguna domestik, bukan domestik terima rebat elektrik 2 sen setiap kWj
Semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam.

TNB buat penilaian kerugian menyeluruh selepas banjir pulih
Penilaian itu dijangka dilakukan sebaik bencana yang melanda Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya.

Banjir: TNB henti sementara bekalan elektrik di Pahang
TNB menasihati dan menekankan agar orang ramai berwaspada sepanjang musim banjir dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

67 pencawang ditutup akibat banjir di Pahang dan Johor - TNB
Jelas TNB, penutupan 67 pencawang itu melibatkan 4,502 pengguna di Pahang dan 1,343 pengguna di Johor.

KPWKM sasar hantar bantuan 10,000 kotak barangan keperluan asas ke Sabah
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan 10,000 barangan keperluan asas untuk diterbangkan ke Sabah khusus bagi mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Tiada pemotongan bekalan elektrik walau tertunggak 6 bulan - Menteri
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata arahan itu berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 31 Mac 2021.