Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut terlibat dalam pemanjangan tempoh konsesi sebagai usaha kerajaan mengurangkan bebanan bayaran tol dan kos sara hidup pengguna lebuh raya, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
"Melalui penstrukturan semula kadar tol, pengguna kenderaan kelas 1 (kereta) kini hanya perlu membayar RM1.10 berbanding kadar tol Perjanjian Konsesi asal iaitu RM2.40.
"Selain itu, pengguna juga boleh menikmati peratus kenaikan kadar tol yang lebih rendah," menurut LLM dalam kenyataan hari ini.
LLM memberi contoh, kenaikan kadar tol di PLUS sebelum ini adalah 10 peratus bagi setiap tiga tahun, tetapi dengan pemanjangan konsesi kenaikan kadar tol kini ditetapkan pada kadar lima peratus bagi setiap tiga tahun.
Kenyataan LLM itu sebagai mengulas laporan portal berita Malaysia Digest bertajuk "Despite Scheduled To End This Year, Federal Government Renews Batu Tiga Toll For 20 More Years" pada 16 April lepas, bahawa kerajaan memperbaharui kontrak konsesi, yang dijadual tamat akhir tahun ini, dengan memperbaharuinya sehingga 2035 tanpa sebab kukuh dan menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna.
Laporan itu turut memetik Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga Rodziah Ismail yang berkata kerajaan persekutuan perlu memberi jawapan atas dasar apa kontrak diperbaharui dan ke mana wang itu akan disalurkan.
Bernama
Sun Apr 19 2015
Selain PLUS, Lebuhraya Persekutuan 2 turut terlibat dalam pemanjangan tempoh konsesi sebagai usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Laluan utama Plaza Tol Batu Tiga dibuka berperingkat - PLUS
Pembukaan itu berikutan tamatnya fasa ketiga kerja-kerja perobohan struktur fizikal bangunan bekas plaza tol tersebut.
Tol lebih rendah dengan lanjutan tempoh konsesi - LLM
Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut terlibat dalam pemanjangan tempoh konsesi sebagai usaha kerajaan mengurangkan bebanan bayaran tol dan kos sara hidup.