awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tolong! Kami diserang ulat bulu ...' - Penduduk

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2018
04:36 MYT
'Tolong! Kami diserang ulat bulu ...' - Penduduk
Manickam menunjukkan badan seorang kanak-kanak lelaki yang diserang ulat bulu. - Foto Sinar Harian
Hampir 20 individu dari Rumah Rakyat Rompin, di sini mengalami kegatalan kulit dan demam sejak semalam akibat diserang ulat bulu.
Mangsa serangan ulat bulu ini kebanyakan yang berumur 2 hingga 60-an membabitkan 16 buah kediaman.
Salah seorang penduduk, Mariani Ariffin, 34 berkata, dua anaknya yang berusia 9 dan 14 tahun demam sejak semalam.
"Ulat bulu ini dikesan pada minggu ini , awalnya ulat ini hanya makan daun yang berada di hadapan rumah namun menyerang rumah penduduk selepas daun tersebut habis dimakan.
"Kami berdepan dengan perasaan takut dan bimbang kerana ulat ini akan datang pada cuaca sejuk seperti waktu pagi dan petang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Bagaimanapun katanya, pagi ini Pejabat Kesihatan Daerah dan beberapa jabatan lain yang bertanggungjawab telah datang membuat semburan dan pemeriksaan kesihatan.
"Saya berharap masalah ini segera selesai kerana dibimbangi lebih memudaratkan penduduk, " katanya.
Sementara itu, Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam berkata, langkah pencegahan telah diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah juga agensi yang bertanggungjawab. "Pejabat kesihatan telah membuat kawalan di lokasi termasuk beberapa agensi lain yang terlibat .
"Saya berharap penduduk dapat mengambil perhatian berhubung tips penjagaan selain mendapatkan rawatan susulan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk," katanya.
Topic Berkaitan
#L Manickam
#Mariani Ariffin
#Pejabat Kesihatan Daerah
#rakyat
#Rompin
#rumah
#Rumah Rakyat Rompin
#serangan
#ulat bulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan