JOHOR BAHRU: Semua prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dikaji semula selepas angka jangkitan baharu COVID-19 menurun kepada 4,000 sehari.

Kajian itu, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan untuk menamatkan PKP 3.0, tetapi bagi melonggarkan SOP sedia ada.

Menurut beliau, satu mesyuarat perancangan untuk menamatkan PKP secara keseluruhan akan diadakan selepas negara mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus imuniti berkelompok.


Mesyuarat perancangan untuk keluar dari PKP ini, tegas Ismail Sabri, akan melihat senario negara dari segenap aspek.

“Bagi PKP 3.0 ini saya dimaklumkan bahawa apabila sampai 4,000 kes sehari kita akan kaji semula SOP PKP, bukan makna kita tamatkan PKP tapi mana SOP yang kita boleh longgarkan sedikit.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan melihat dan memberi nasihat kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) dari apa segi yang perlu dilakukan apabila mencapai 4,000 ribu kes ke bawah,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata demikian selepas melawat Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Hospital Sultanah Aminah, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesan PKP 3.0 hanya akan dapat dilihat selepas 14 hari pelaksanannya sejak 1 Jun lalu.