GEORGE TOWN: Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Praba Sangarajoo berkata apabila semakin ramai orang menghargai kemudahan RFID akan wujud pertumbuhan kukuh dalam penerimaan dan penggunaannya.
"Pada masa ini, kami mempunyai kira-kira tiga juta pelanggan RFID, kami menyasarkan tambahan satu juta pengguna menjelang akhir tahun depan, yang selaras dengan objektif kami untuk menyediakan kaedah pembayaran tol yang lebih lancar serta mudah," katanya kepada pemberita hari ini.
Selain melicinkan pembayaran untuk tol, mobiliti RFID juga boleh membolehkan pembayaran bahan api tanpa sentuh.
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melancarkan kempen Touch 'n Go "Walao Eh Just In Penang" bagi menggalakkan pilihan pembayaran tanpa tunai dan lancar untuk pengalaman mobiliti bersepadu meliputi tol, transit termasuk tempat letak kereta di Pulau Pinang.
Praba berkata kempen itu bertujuan memperkenalkan penyelesaian mobiliti yang lancar kepada rakyat Pulau Pinang melalui Touch 'n Go's RFID dan kad Touch' n Go yang dipertingkatkan.
Pulau Pinang mempunyai objektif yang jelas untuk membina infrastruktur digital yang berdaya tahan menjelang 2030.
"Semasa kempen itu, van mudah alih yang dipasang khas akan diletakkan di lokasi utama dan rakyat Pulau Pinang akan dapat menikmati tawaran kempen istimewa pada tag RFID serta membeli set himpunan Touch 'n Go eksklusif yang terdiri daripada satu tag RFID dan kad Touch 'n Go yang dipertingkatkan," katanya.
Bagaimanapun, Chow berkata usaha pelaksanaan perkhidmatan e-pembayaran seperti Touch 'n Go RFID, adalah digalakkan kerana ia mudah, cekap dan selamat.
"Dengan Touch 'n Go memulakan perjalanan ini bersama kami, kami yakin dengan kemampuan untuk mencapai matlamat negeri iaitu 100 peratus tanpa tunai menjelang 2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kiri) pada perlepasan bendera Jelajah Trak Bergerak Touch n Go RFID Pulau Pinang hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Touch n Go Prabakaran Sangarajoo (dua, kiri). - Foto Bernama
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.
Perdana Menteri janji beri perhatian isu monopoli Touch 'n Go
Beliau menjawab pertayaan salah seorang peserta program Temu Anwar yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli Touch 'n Go.
Isu perkhidmatan Touch 'n Go, KPDN tubuh pasukan khas - Salahuddin
KPDN akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.
TNG dan Lazada jalin kerjasama, perkasa PMKS
TNG Digital Sdn Bhd raih suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta daripada Lazada Group serta pemegang-pemegang saham yang lain.
TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian
Kempen SMO akan berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember, bagi menyokong perniagaan tempatan dan menggalakkan pembelian dalam talian.
ERL lanjut diskaun 15 peratus e-dompet TNG hingga 31 Disember
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) melanjutkan promosi diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket menggunakan aplikasi e-dompet Touch 'n Go sehingga 31 Disember ini.
PLUS mantapkan operasi lebuh raya untuk perjalanan musim perayaan sewaktu PKPB
PLUS berkolaborasi dengan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk memastikan keselamatan lebuh raya dan penguatkuasaan undang-undang di beberapa plaza tol utama lebuh raya dipatuhi.
e-Tunai Rakyat: Kerajaan kaji masukkan terus ke BSH
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk memasukkan wang RM30 yang dikhususkan untuk program e-Tunai Rakyat ke dalam akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
PLUS keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan sempena Krismas
Bagi pengguna di Lembah Klang yang ingin menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor, mereka dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.