awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Terengganu nafi kutip deposit peniaga Jom Heboh

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
04:39 MYT
Tourism Terengganu nafi kutip deposit peniaga Jom Heboh
Tourism Terengganu juga ingin menasihati semua pihak terutama peniaga supaya berwaspada dengan modus operandi yang digunakan oleh penipu sekali gus mengelak menjadi mangsa. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) menafikan terlibat dengan kutipan deposit peniaga-peniaga bagi program Jom Heboh yang kononnya dikatakan berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu sebagaimana tular di media sosial.
Pengarah Pelancongan Negeri, Fadli Yusof berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu kutipan wang itu dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan daripada individu yang dipercayai dilakukan demi kepentingan peribadi.
“Kami meminta orang awam yang terbaca iklan di mana-mana laman sosial, ditawarkan atau sudah membuat bayaran bagi tujuan itu dinasihatkan agar membuat laporan polis dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.
Untuk rekod, kali terakhir penganjuran Jom Heboh Omnia di Terengganu diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2022 di pekarangan Stadium Gong Badak, di Kuala Nerus.
Dalam pada itu, katanya, Tourism Terengganu juga ingin menasihati semua pihak terutama peniaga supaya berwaspada dengan modus operandi yang digunakan oleh penipu sekali gus mengelak menjadi mangsa.
Katanya, perkembangan aktiviti-aktiviti pelancongan Terengganu boleh didapati menerusi laman sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan Telegram Beautiful Terengganu Malaysia dan TikTok di @tourismterengganu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jom heboh
#Tourism Terengganu
#kutipan deposit
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan