Astro Publication
Thu Apr 02 2015
Hari ini, UMW Toyota (UMWT) memperkenalkan Toyota Camry baharu yang turut memperkenalkan buat pertama kali varian hibrid untuk sedan segmen D ini di pasaran tempatan. Walaupun Camry generasi ini masih agak muda, dan model yang dilancarkan ini dari segi teorinya adalah model ‘facelift’ tetapi perubahan yang dialami menjadikannya bagaikan sebuah kenderaan ‘serba baharu’.
Yang paling menonjol adalah penggunaan dua enjin baharu bagi kedua-dua varian – iaitu 2.0-liter serta 2.5-liter dengan teknologi hibrid.
UMWT menganggarkan bahawa pilihan pembeli akan lebih menjurus kepada varian hibrid, dengan 7,000 unit Camry Hybrid dijual daripada jumlah keseluruhan 9,000 unit untuk model ini bagi 2015.
Varian: Camry Hybrid
Unit ini dikuasakan dengan enjin petrol 4-silinder 2.5-liter dengan kuasa 158hp pada 5,700rpm dan 213Nm pada 4,500rpm. Motor elektrik daripada sistem hibrid pula adalah 141hp dan 270Nm. Output ini menuju ke roda-roda hadapan bersaiz 17 inci menerusi kotak gear E-CVT.
Antara yang dipasang standard pada Camry Hybrid ini adalah lampu utama LED, kerusi pemandu boleh-ubah dengan kawalan motor, skrin cahaya pada cermin tepi belakang dan cermin belakang, serta skrin sentuh 7 inci lengkap dengan sistem navigasi. Pengecas telefon teknologi Qi juga adalah standard, dan membolehkan pemilik untuk mengecas telefon bimbitnya tanpa menggunakan wayar.
Senarai peralatan berkaitan keselamatan pula termasuk sistem VSC (Vehicle Stability Control), Hill Start Assist dan 7 beg udara.Tambahan terbaharu adalah Blind Spot Monitor serta rear Cross Traffic Alert System, masing-masing menggunakan gelombang radar bagi mengesan sama ada terdapat halangan yang boleh membahayakan pemanduan. Jika ada pengguna di kawasan sekitar yang tidak dapat dilihat pemandu, amaran akan diberikan melalui bunyi serta penunjuk di cermin sisi.
Varian: Camry 2.0 (G dan E)
Enjin 4-silinder dengan VVT-iW serta VVT-i dengan seseran 1,998cc ini adalah baharu dan buat kali pertama digunakan oleh Toyota. Outputnya adalah 165hp manakala tork pula 199Nm, menjadikan ia 13% lebih tinggi daripada enjin sebelumnya. Ia dipadankan kepada kotak gear automatik 6-kelajuan. Sepertimana enjin, kotak gear ini juga adalah rekaan baharu yang, antara lain, adalah lebih ringan di samping lebih cekap.
Kedua-dua varian 2.0-liter ini dipasang dengan tayar 16 inci, lampu hadapan HID projektor dan sistem audio yang jauh lebih ringkas tanpa skrin sentuh.
Perbezaan paling ketara, sayangnya, adalah pada peralatan keselamatan yang disediakan – hanya dua beg udara disediakan, manakala sistem-sistem VSC dan Hill Start Assist tidak terdapat pada varian 2.0E.
Kami sudah memandu uji Toyota Camry baharu ini beberapa hari lepas, jadi nantikan laporan kami untuknya. Jika perlu kami berikan sedikit sinopsis Camry ini sekarang – secara ringkasnya ia sebuah model yang semakin mantap. Varian Hybrid menjanjikan dimensi baharu di dalam kemampuannya, iaitu penjimatan bahan api.
Harga (termasuk GST) untuk Toyota Camry Hybrid adalah RM174,900, sementara 2.0G dan 2.0E pula adalah RM159,900 dan RM149,900 masing-masing. (Harga termasuk insurans)
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.