awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota menguji teknologi semikonduktor baharu

Astro Publication
Astro Publication
17/02/2015
03:48 MYT
Toyota menguji teknologi semikonduktor baharu
Toyota Motor Corporation sedang giat menjalankan ujian bagi prestasi semikonduktor kuasa silikon karbaid (silicon carbide)untuk kenderaan hibrid dan elektric (EV). Ujian ini dijalankan menggunakan sebuah model Camry hibrid prototaip dan sebuah bas ‘fuel cell’.
Semikonduktor kuasa dijumpai di dalam unit kawalan kuasa ataupun power control units (PCU) yang digunakan untuk mengawal kuasa motor di dalam sistem hibrid serta kenderaan-kenderaan dengan sistem pacuan elektrik. PCU ini juga yang mengawal proses pengecasan-semula bateri. Buat masa ini, kuasa elektrik yang ‘hilang’ daripada penggunaan semikonduktor kuasa adalah pada 20%; oleh itu meningkatkan kecekapan komponen ini berkemungkinan besar akan meningkatkan keberkesanan sistem pacuan.
Di sinilah di mana semikonduktor kuasa jenis silikon karbaid (ataupun SiC untuk Silicon Carbide) menunjukkan potensinya. Ini kerana ia memounyai rintangan elektrik yang lebih rendah berbanding semikonduktor kuasa biasa. Teknologi SiC ini dibangunkan bersama Toyota, Denso Corporation, dan Toyota Central R&D Labs. Inc.
Kenderaan ujian Semikonduktor SiC di dalam Camry hibrid yang digunakan akan menunjukkan data termasuk voltan PCU dan kelajuan kenderaan. Di samping itu, corak pemanduan dan pelbagai maklumat lain seperti suhu sekitar akan direkod. Dengan membandingkan set data yang sama dengan kereta Camry hibrid dengan semikonduktor silikon biasa yang digunakan sekarang, Toyota akan dapat mengenalpasti kemajuan yang boleh ditambah kepada semikonduktor SiC. Ujian keadaan sebenar ini akan (kebanyakkanya) dilakukan di Bandar Toyota, berdekatan Nagoya, bermula Februari 2015 dan berlangsung selama setahun.
Ujian yang sama menggunakan sebuah bas ‘fuel cell’ telah bermula lebih awal iaitu 9 Januari 2015. Ia juga beroperasi di bandar Toyota.
Topic Berkaitan
# hibrid
# teknologi
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan