TPM Ahmad Zahid hadir perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 2025

Kehadiran Ahmad Zahid di CIIE 2025 dan penganjuran MIHAS@Shanghai menandakan usaha Malaysia untuk merentasi pasaran global dalam sektor halal dan PKS serta memperkukuh hubungan ekonomi dengan China.
SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kelapan atas undangan Kerajaan China, yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC), di sini.
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menghadiri pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8 di Shanghai atas undangan Kerajaan China, menunjukkan komitmen Malaysia dalam acara perdagangan global tersebut.
- CIIE merupakan platform inisiatif Kerajaan China bagi negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan ke China, memperkukuh kedudukan CIIE sebagai pameran ekonomi terkemuka di dunia.
- Kehadiran Ahmad Zahid di CIIE 2025 dan penganjuran MIHAS@Shanghai menandakan usaha Malaysia untuk merentasi pasaran global dalam sektor halal dan PKS serta memperkukuh hubungan ekonomi dengan China.
Majlis pembukaan CIIE disempurnakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang. Kehadiran Li Qiang menzahirkan komitmen tinggi Kerajaan China terhadap kerjasama perdagangan global dan keterbukaan pasaran antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan CIIE sebagai salah satu pameran ekonomi paling berpengaruh di dunia.
CIIE merupakan inisiatif Kerajaan China yang menyediakan satu platform untuk negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk mempromosi dan mengeksport barangan dan perkhidmatan ke China.
Kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke CIIE 2025 merupakan sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau ke Shanghai dari 4 hingga 7 November.
Dalam lawatan ini, Ahmad Zahid juga akan merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Shanghai 2025 pada 6 November. Pameran itu berlangsung dari 5 hingga 10 November bersempena CIIE di NECC.
MIHAS@Shanghai merupakan edisi MIHAS kedua di peringkat antarabangsa selepas kejayaan MIHAS@Dubai 2024. Ini selaras dengan kedudukan CIIE yang merupakan salah satu platform perdagangan terbesar.
Ahmad Zahid dalam pada itu menegaskan bahawa penyertaan Malaysia dalam CIIE dan penganjuran MIHAS@Shanghai membuktikan kesungguhan negara untuk meneroka pasaran baharu serta memperkukuh kehadiran ekonomi Malaysia di rantau ini.
“China merupakan antara rakan dagang terpenting Malaysia.Melalui platform seperti CIIE dan MIHAS@Shanghai, kita bukan sahaja memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, tetapi juga membuka lebih banyak peluang untuk industri halal dan PKS Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi,” ujar beliau.
Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan China, sejajar dengan dasar Kerajaan dalam memperluas jaringan pasaran luar negara bagi produk Malaysia, khususnya dalam sektor halal dan pembangunan luar bandar.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

