KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina yang juga Setiausaha Pendidikan negara itu Sara Zimmerman Duterte-Carpio.
Menerusi hantaran ringkas di laman X, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air memaklumkan pertemuan yang diadakan di pejabatnya di Wisma Asli, Putrajaya itu membincangan tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina serta usaha memantapkan kerjasama dalam beberapa sektor yang dikenal pasti.
Kunjungan itu adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Duterte yang tiba di Malaysia semalam untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO).
SEAMEO adalah sebuah badan antara kerajaan yang bertindak untuk mengukuhkan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran di Facebook menyatakan Duterte turut melakukan lawatan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMRI) KKM di Setia Alam, hari ini.
Menurut KKM, lawatan itu menandakan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dan mencerminkan komitmen Malaysia dalam memajukan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Asia Tenggara dalam bidang pendidikan dan kesihatan, termasuk melalui SEAMEO, yang mempunyai 26 institusi di seluruh Asia Tenggara.
"Malaysia sebagai ahli SEAMEO telah menubuhkan tiga buah Pusat Serantau SEAMEO, iaitu Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau (SEAMEO RECSAM) di Pulau Pinang, SEAMEO SEN di Melaka dan SEAMEO TROPMED Malaysia di Selangor," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina yang juga Setiausaha Pendidikan negara itu Sara Zimmerman Duterte-Carpio. - Foto Facebook Fadillah Yusof
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
TPM Fadillah terima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina yang juga Setiausaha Pendidikan negara itu Sara Zimmerman Duterte-Carpio.
Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta
Selaku penaung Sarawak Volunteers yang menganjurkan acara larian itu, Fadillah turut melepaskan peserta bagi dua kategori lain iaitu 11 km dan 21 km.
TPM Fadillah Yusof kongsi detik kembali ke sekolah lama di Parit Buntar
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini kembali ke sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang untuk lawatan tidak rasmi.
Nilai eksport lada cecah RM54.5 juta setakat Mei lepas - TPM Fadillah
Jumlah nilai eksport lada Malaysia mencecah RM54.5 juta sehingga Mei tahun ini yang merupakan satu pencapaian membanggakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Aktiviti pemburuan lebih jejaskan biodiversiti, TPM Fadillah selar lobi antiminyak sawit
Datuk Seri Fadillah Yusof menyelar pelobi dan kempen antiminyak sawit yang menyalahkan tanaman tersebut atas kemerosotan populasi orang utan.
Malaysia semak semula beberapa perjanjian antarabangsa untuk lonjakkan industri angkasa
Malaysia sedang menyemak semula secara aktif beberapa perjanjian antarabangsa berkaitan sektor angkasa untuk meningkatkan lagi industri angkasa negara.
Projek SSLR fasa dua dan tiga dalam proses penilaian - Fadillah
Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.