Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu akan diteruskan pada masa hadapan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata meskipun ia adalah inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) langkah itu diteruskan kerana terbukti ia banyak membantu golongan muda dan pasangan yang kekurangan sumber kewangan mendirikan rumah tangga.
"Mana-mana agenda yang baik dan memberi manfaat untuk rakyat kita akan teruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri...selepas ini mungkin akan ada pembabitan pihak swasta selain daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri.
"Kita turut mengalu-alukan pasangan bukan Islam yang berasal dari negeri ini untuk memohon menyertai perkahwinan perdana ini agar lebih ramai pasangan yang dapat menyertai majlis perkahwinan ini pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan 183 pasangan pengantin dalam majlis Walimatulurus Perdana 2018 yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.
Program ini adalah yang keempat dilaksanakan sejak tahun 2016 yang melibatkan 217 pasangan, 271 pasangan pada 2017, 111 pasangan Mac lepas dan 183 pasangan semalam.
Sementara itu pasangan Che Nurul Aini Mariana Che Lahami, 19, dan suaminya, Mohamad Safwan Jusoh, 22, antara pasangan termuda yang menyertai majlis perkahwinan itu selepas berkenalan selama dua tahun menerusi media sosial.
"Saya dan suami berkenalan menerusi aplikasi WeChat dua tahun yang lalu. Kedua-dua ibu bapa kami kemudian menasihatkan agar kami disatukan segera kerana sering berjumpa, jadi untuk mengelakkan fitnah, kami pun bersetuju untuk menyertai majlis perkahwinan ini.
"Alhamdulillah, segala persiapan berjalan lancar dan terima kasih diucapkan kepada YPKT kerana dengan bantuan pakej perkahwinan ini kami bukan sahaja dapat melangsungkan perkahwinan secara percuma.
"Malah kami turut dihadiahkan pakej bulan madu tiga hari dua malam dan sijil simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000 untuk simpanan masa depan," katanya yang berasal dari Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 30 2018

Ahmad Samsuri (dua, kiri) menyampaikan Sijil Simpanan Premium kepada pasangan pengantin pada Majlis Walimatulurus Perdana 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, 30 Jun, 2018. --fotoBERNAMA

Individu tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun
Hayashi, yang dilahirkan pada 2 Sept 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu.

Warga media rakan strategik kerajaan - Dr Zaliha
Warga media merupakan rakan strategik kerajaan yang berperanan membina kefahaman, memupuk perpaduan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap hala tuju serta tindakan Kerajaan MADANI.

Industri kreatif mampu kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia, kata Duta Besar
Industri kreatif Malaysia, khususnya dalam bidang filem dan drama, berpotensi menjadi jambatan baharu dalam memperkukuh hubungan budaya dengan Indonesia.

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry
Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep "Informed Decision", iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.

PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.

Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.

Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.