KUALA LUMPUR: Aliran trafik menuju ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai sesak pada pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, setakat 11.20 pagi ini kesesakan dilaporkan berlaku di laluan ke arah selatan di Hentian Juru menuju ke Plaza Tol Juru di Pulau Pinang dan laluan mendaki di Bukit Berapit di Changkat Jering menuju ke Kuala Kangsar.
"Kesesakan turut dilaporkan di Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai, trafik bagaimanapun berjalan lancar dari arah selatan menuju ke ibu kota dan dari pantai timur ke Kuala Lumpur," katanya.
Katanya lagi, kesesakan dijangka berlarutan sehingga lewat petang dan menasihati pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya.
"Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch 'n Go (TnG) dan Frekuensi Radio (RFID) mencukupi untuk mengelakkan kesesakan di plaza tol," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022
Setakat 11.20 pagi ini kesesakan dilaporkan berlaku di laluan ke arah selatan di Hentian Juru menuju ke Plaza Tol Juru di Pulau Pinang. - Gambar BERNAMA
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan bertambah setakat 9 pagi ini, menjelang sambutan Deepavali esok.
Hari Kebangsaan: Pengunjung diminta patuh peraturan, jaga disiplin
Orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya Sabtu ini diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga tingkah laku sepanjang majlis berlangsung.
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancarmenjelang perayaan Aidiladha yang disambut esok.
Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.
Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar
Orang ramai mula memasuki perkarangan pasar seawal 7 pagi untuk membeli bahan mentah.
Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.