awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik Pulau Pinang: Kenderaan bertambah tapi terkawal - PDRM

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
30/04/2022
10:09 MYT
Trafik Pulau Pinang: Kenderaan bertambah tapi terkawal - PDRM
Aliran trafik di negeri Pulau Pinang bergerak lancar dan terkawal sekalipun orang ramai sudah mula kembali ke kampung halaman bagi menyambut lebaran. - Gambar Astro AWANI
JURU: Aliran trafik di negeri Pulau Pinang bergerak lancar dan terkawal sekalipun orang ramai sudah mula kembali ke kampung halaman bagi menyambut lebaran.
Tiada kesesakan melampau berlaku di Plaza Tol Juru dan kawasan lebuh raya walaupun terdapat pertambahan kenderaan setakat pukul 3 petang Sabtu.
Tinjauan di Plaza Tol Juru mendapati kenderaan melalui kawasan itu untuk masuk ke negeri itu, dan juga ke negeri Kedah serta Perlis berikutan cuti hujung minggu selain perantau pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zokapli ketika dihubungi berkata, walaupun berlaku pertambahan kenderaan di beberapa jalan utama di negeri itu, namun, keadaan masih lancar dan terkawal.
Selain itu keadaan laluan masuk dan keluar Jambatan Pulau Pinang juga terkawal meskipun kenderaan bertambah.
Pada Jumaat, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menjangkakan jumlah kenderaan akan terus bertambah dari semasa ke semasa khususnya apabila pihak Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) serta beberapa konsesi tol lain menawarkan tol percuma dan diskaun bermula 30 April.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati memandu dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Terdahulu, polis menjangkakan 3.6 juta kenderaan akan melalui Pulau Pinang untuk ke negeri utara Kedah dan Perlis menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Daripada jumlah itu, dianggarkan 1.5 juta kenderaan pula akan memasuki negeri itu bermula semalam.
Topic Berkaitan
#trafik Pulau Pinang
#Aidilfitri
#balik kampung
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan