awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik sesak di lebuh raya utama malam ini

Bernama
Bernama
09/06/2019
15:15 MYT
Trafik sesak di lebuh raya utama malam ini
Tinjauan fotoBernama di sekitar laluan Leburaya Pantai Timur menuju ke Tol Gombak menunjukkan kenderaan mula sesak setelah warga kota mula pulang pada hari kelima sambutan Hari Raya Aidilfitri sekitar jam 7.30 malam ini. - Foto BERNAMA
Aliran trafik di beberapa tempat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Utara-Selatan dilaporkan sesak malam ini di penghujung cuti sempena Aidilfitri.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik sesak sekitar 26 kilometer (km) dari persimpangan Karak ke Lentang dan sekitar lapan kilometer selepas Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.
Di LPT1, trafik sesak sekitar 15 km selepas persimpangan Lanchang menuju persimpangan Karak.
Bagi mengelak kesesakan di Plaza Tol Karak, anda boleh menggunakan laluan alternatif dengan keluar di persimpangan Lancang (Exit 816), katanya.
Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Gopeng ke Tapah dan terus ke Sungkai dan dari Behrang ke Bukit Beruntung.
Situasi serupa turut dilaporkan bagi laluan Pendang-Gurun; Sungai Petani (Selatan)-Bertam; Changkat Jering-Taiping (U) dan Kuala Kangsar-Terowong Menora.
Pergerakan trafik turut dikesan perlahan dari Pedas-Linggi ke Seremban, Machap ke Sedenak seterusnya ke Kulai.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Beruntung
#lebuh raya
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
#Pantai Timur
#Plaza Tol Karak
#PLUS
#Seremban
#Sungai Petani
#trafik sesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan