KUALA LUMPUR: Kebajikan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat nahas pesawat Hawk 108 akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk bantuan melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata bantuan daripada tabung berkenaan diuruskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan (Mindef).
Beliau berkata anggota penerima benefisiari layak menerima bantuan TAPPN, sekiranya diperakui oleh Ketua Jabatan tercedera atau meninggal dunia ketika menjalankan tugas aktif dan kecederaan atau kematian tersebut bukan berpunca daripada kecuaian atau salah laku anggota.
"Dalam masa sama, saya telah mengarahkan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Affendi Buang) dan Panglima Tentera Udara (Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad) untuk menubuhkan Lembaga Siasatan Khas bagi mengenal pasti secara terperinci punca kemalangan berkenaan, dan memaklumkannya kepada saya serta orang awam dari masa ke masa.
"Siasatan menyeluruh mengambil kira faktor operasi dan latihan serta perihal teknikal akan dijalankan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Beliau juga berkata Timbalan Panglima Tentera Udara Left Jen Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan telah turun ke lokasi kejadian dan akan melawat pegawai yang tercedera di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
"Alhamdulillah, saya dimaklumkan kini Mej Mohd Fareez Omar berada dalam keadaan stabil," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa terkejut dan berdukacita dengan kemalangan melibatkan pesawat pejuang Hawk 108 milik TUDM ketika sedang melaksanakan latihan penerbangan malam di landasan 36 Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
"Lebih menyedihkan, kemalangan ini menyebabkan Kapt Mohamad Affendi Bustamy yang merupakan juruterbang di No. 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan dan berasal dari Bandar Tun Razak, Pahang meninggal dunia, manakala Mohd Fareez yang merupakan Ketua Flait Penerbangan di No. 15 Skuadron yang berasal dari Dengkil, Selangor telah mengalami kecederaan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata jenazah Allahyarham Mohamad Affendi akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Muadzam Shah, Pahang dan urusan pengkebumian akan dilakukan oleh Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Kuantan.
"Sekali lagi, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga pegawai yang terkorban, Allahyarham Mohamad Affendi serta pegawai yang tercedera Mej Mohd Fareez.
"Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama memanjatkan doa, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan semoga ahli keluarga kedua-dua pegawai tabah mendepani ujian yang amat berat ini. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Hishammuddin berkata, bantuan daripada tabung berkenaan diuruskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan (Mindef). - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
Tragedi Hawk: TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat terhempas
Segala urusan rawatan di hospital dan urusan pengebumian akan disempurnakan pihaknya dengan sebaik-baiknya.
Tragedi Hawk: Kebajikan keluarga juruterbang diberi perhatian - Hishammuddin
Kebajikan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat nahas pesawat Hawk 108 akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk bantuan melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).
Tragedi Hawk: Jenazah juruterbang selamat dikebumikan di Muadzam Shah
Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Kapten Mohamad Affendi Bustamy pada Rabu jam 8.30 malam di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah.
Tragedi Hawk: Kerajaan Negeri P. Pinang sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa
Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kepada Juruterbang Operasi 18 Skuadron TUDM, Kapten Nazrin Mohd Nadzri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada Rabu.
Tragedi Hawk: Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi
Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong pada Rabu merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam insiden pesawat TUDM yang terhempas malam tadi.