Bukan rambut remaja Nur Afini Roslan yang tersangkut pada mesin pemotong rumput seperti yang tersebar di laman media sosial.
Ini pengesahan yang diberi Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamzah Ab Razak yang menyatakan bahawa objek tersebut sebenarnya ialah tali.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengalami kecederaan parah akibat terkena bilah pisau yang terpelanting ke arahnya dan bukan terperangkap pada bahagian bawah mesin dan ditarik seperti yang didakwa di laman sosial," kata Hamzah.
Oleh itu, beliau menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana kejadian ini tiada sebarang unsur jenayah dan merupakan satu kemalangan.
"Bagi pemandu traktor berusia 26 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dijangka akan dibebaskan dengan jaminan," kata Hamzah.
Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi Selasa, arwah Nur Afini meninggal dunia di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman selepas bilah mesin yang melayang itu terkena kepalanya.
Remaja itu dikatakan sedang menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah tersebut.
Insiden itu turut mencederakan dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14 tahun, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 tahun.
Susulan insiden tersebut, pihak sekolah telah membatalkan penganjuran hari sukan yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.
Astro Awani
Tue Feb 13 2018
Jenazah remaja perempuan itu selamat dikebumikan sekitar 10.20 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sungai Kelamah. -Foto Sinar Harian
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas di Gemas
Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.
Agong berkenan saksikan Latihan Kuasa Tembakan 2023
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2023 di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, di sini.
Hampir 30 rumah di Gemas rosak akibat ribut
Kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 dekat Gemas mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, petang tadi.
Air laju seperti air terjun - Mangsa banjir
Kali terakhir mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) adalah pada tahun 2016 lalu dan mengakui seringkali berjaga-jaga terutamanya apabila hujan lebat berterusan.
Enam sahabat rentas negeri untuk sambutan hari jadi, dikompaun RM5,000 seorang
Enam individu masing-masing berusia 14 hingga 18 tahun itu dicekup ketika sedang berkumpul di hadapan sebuah rumah.
Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.
Perkhidmatan kereta api Tumpat ke Gemas dijangka kembali beroperasi pertengahan 2021 - Wee Ka Siong
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam Waktu Pertanyaan Menteri sidang Parlimen pada Selasa.
Kos projek landasan berkembar Gemas-JB kekal walaupun lewat - Mustapa
Projek itu menelan kos sebanyak RM9.55 bilion termasuk lebih RM400 juta untuk gerabak dan RM200 juta bagi perunding.
Kes mesin potong rumput: Pemandu traktor bakal hadapi tiga pertuduhan
Pemandu traktor insiden pelajar perempuan 14 tahun maut terkena bilah mesin potong rumput bakal dihadapkan atas tiga pertuduhan berhubung insiden berkenaan.
Tragedi Nur Afini: Saya redakan walaupun berat hati - bapa
Roslan Samad, 55 tahun, berkata meskipun masih terkejut dengan tragedi malang menimpa anak keempatnya, namun beliau pasrah.