awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Syawal, pelajar maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/05/2022
10:38 MYT
Tragedi Syawal, pelajar maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan
Seorang pelajar maut selepas dilanggar sebuah motosikal sewaktu melintas jalan di Batu 9 Kota Sarang Semut, hari ini.
ALOR SETAR: Seorang pelajar maut selepas dilanggar sebuah motosikal sewaktu melintas jalan di Batu 9 Kota Sarang Semut, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa Muhammad Shafiq Haikal Sahfiee, 9, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.30 tengah hari, sebuah motosikal sedang bergerak dari arah Kota Sarang Semut menghala ke Simpang Empat.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa yang cuba melintas jalan.
“Mangsa yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Hitam, Simpang Empat tercampak di bahu jalan dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jelas Ahmad Shukri, mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Penunggang motosikal bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pelajar maut
#dilanggar motosikal
#melintas jalan
#Kota Sarang Semut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan