awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2024
22:00 MYT
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Tiga mangsa lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti aktiviti water rafting di Sungai Kampar, petang semalam. Gambar kecil dari kiri: Suhaili Mat Saad, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, Muhammad Ikram Abdul Bari. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan takziah kepada keluarga tiga warga agensinya yang lemas akibat dihanyutkan kepala air.
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Saya difahamkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti aktiviti rakit arus deras (water rafting) di Sungai Kampar, petang tadi (Jumaat).
"Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, mangsa yang meninggal dunia melibatkan peserta dari JKR Langkawi seramai dua orang dan seorang dari JKR Seberang Perai Tengah.
"Saya amat berdukacita dengan berita yang menyedihkan ini dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa," katanya menerusi hantaran di aplikasi X semalam.
Terdahulu, media melaporkan, tiga individu yang meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika menjalani aktiviti rakit arus deras di Sungai Jahang dekat Gopeng merupakan kakitangan JKR.
Identiti wanita lemas dikenal pasti sebagai Suhaili Mat Saad, 47, merupakan Jurutera Daerah JKR Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang manakala Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 dan Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, masing-masing daripada JKR Langkawi, Kedah.
Difahamkan ketiga-tiga mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menjalani kursus pengukuhan kerja berpasukan (team-building) di lokasi kejadian.
Mengulas lanjut, Nanta memaklumkan, beliau sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan dan sudah mengeluarkan arahan untuk tindakan lanjut.
"Saya mengikut rapat perkembangan insiden ini dan telah meminta pasukan kementerian dan JKR di negeri terlibat untuk memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kepala air
#Alexander Nanta Linggi
#water rafting
#Kampar
#Jabatan Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan