awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind

Bernama
Bernama
17/04/2024
08:30 MYT
Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind
Menurut Gobind, peruncit boleh memanfaatkan data pelanggan bagi memacu kempen pemasaran yang disasarkan, meningkatkan cadangan produk serta mengoptimumkan strategi harga. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pendigitalan bukan lagi satu opsyen tetapi keperluan untuk pengembangan perniagaan runcit dalam dunia hari ini, khsususnya dengan penawaran analisis data dan pemperibadian alat utama kepada mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Katanya, peruncit boleh memanfaatkan data pelanggan bagi memacu kempen pemasaran yang disasarkan, meningkatkan cadangan produk serta mengoptimumkan strategi harga.
"Pengoptimuman rantaian bekalan adalah sama penting, yang mana pelaksanaan penyelesaian digital mampu meningkatkan pengurusan inventori, logistik dan unjuran permintaan," katanya semasa berucap di sesi terakhir 100 Go Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) yang diadakan semalam.
"Industri runcit telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tidak dinafikan, pembelian secara dalam talian semakin banyak dibuat terutama melalui telefon bimbit tetapi masih ada ruang untuk kedai fizikal," katanya.
Gobind juga menggesa pemain industri melibatkan diri secara konstruktif dengan kerajaan, menekankan bahawa terdapat beberapa cabaran serta jurang yang perlu ditangani bagi perniagaan untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang pendigitalan seperti celik digital, keselamatan siber dan sambungan Internet.
Siri 100 Go Digital MDEC-MRCA berfungsi sebagai platform bagi membolehkan pemain industri berhubung, bertukar pandangan dan bekerjasama. Matlamat utamanya bertujuan memudahkan perniagaan Malaysia menerima pendigitalan dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mencipta sumber pertumbuhan baharu selain meningkatkan hasil serta penjimatan dalam kos perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendigitalan
#Gobind Singh Deo
#pengembangan perniagaan runcit
#penawaran analisis data
#MDEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan