awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tren MySawasdee 1004, 1005 dari KL dibatalkan susulan banjir di Hatyai - KTMB

Bernama
Bernama
25/11/2025
09:38 MYT
Tren MySawasdee 1004, 1005 dari KL dibatalkan susulan banjir di Hatyai - KTMB
KTMB memaklumkan bencana alam itu menyebabkan penutupan landasan di beberapa kawasan sektor Padang Besar-Hatyai, termasuk stesen Hatyai. - Gambar fail/ FB Biw Pohtecktung
Perkhidmatan tren MySawasdee 1004 dari KL Sentral ke Hatyai pada Jumaat ini dan MySawasdee 1005 dari Hatyai ke KL Sentral pada 1 Dis dibatalkan berikutan banjir yang melanda wilayah selatan Thailand.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bencana alam itu menyebabkan penutupan landasan di beberapa kawasan sektor Padang Besar-Hatyai, termasuk stesen Hatyai.
"Keputusan ini dibuat selepas penilaian keselamatan dan operasi serta pengesahan daripada pihak berkuasa Thailand, dengan mengambil keselamatan penumpang sebagai keutamaan," menurut kenyataan KTMB.
KTMB memaklmkan sebanyak 840 tiket telah ditawarkan bagi kedua-dua perjalanan tersebut. Pemulangan tambang penuh bagi penumpang yang membatalkan tiket akan dimasukkan ke dalam KTM Wallet mereka secara segera untuk digunakan bagi pembelian tiket pada masa hadapan.
Setakat ini KTMB memaklumkan seramai 652 penumpang masih belum membuat pembatalan tiket, manakala 188 lagi telah membuat pembatalan awal dan layak menerima baki pemulangan tambang.
Bagi urusan pemulangan tambang, penumpang yang membeli tiket dalam talian boleh membatalkannya melalui aplikasi KITS dengan memilih menu MyTicket, diikuti Upcoming Ticket dan Refund.
KTMB memaklumkan jadual perjalanan perkhidmatan MySawasdee seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan situasi di Hatyai.
"KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sepanjang situasi ini," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Hatyai
#rakyat Malaysia
#KTMB
#tren MySawasdee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan