SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bersama gandingannya Jordan Love meraih tempat ke-10 pada perlumbaan pertama GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang semalam.
Berlumba pada litar basah selepas hujan lebat, Tunku Abu Bakar dan Love bersama pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) dengan memandu jentera Mercedes-AMG GT3 EVO mencatat masa satu jam dua minit 42 saat (s) selepas 26 pusingan.
Tunku Abu Bakar berkata perubahan cuaca menjadi cabaran yang dihadapi ketika perlumbaan hari ini.
"Keadaan agak sukar hari ini terutama apabila trek berubah menjadi kering sepanjang tempoh perlumbaan.
"Perlu menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah merupakan satu yang sukar. Kami fokus kepada perlumbaan dan akan cuba sedaya upaya mendapatkan keputusan terbaik," katanya.
Tempat pertama disambar pasukan FAW Audi Sport Asia Racing Team diwakili Cheng Franky Congfu dan gandingannya Fong Adderly (1:01.54s) meninggalkan skuad VSR (1:01:56.621s) yang dipandu Ye Bian dan Edoardo Liberati di tempat kedua.
Tempat ketiga dimenangi pasukan Origine Motorsport (1:01:58.877s) yang diwakili Yuan Bo dan Ye Leo Hongli.
Pada perlumbaan kelayakan pertama sebelum itu, pasukan Triple Eight JMR lolos menduduki tempat kelima dengan catatan masa 2:04.355s manakala pusingan kelayakan kedua berada di kedudukan ketujuh dengan catatatan 2:03.28s untuk mara ke perlumbaan pertama.
Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berkenan berangkat ke SIC untuk menyaksikan puteranya Tunku Abu Bakar beraksi pada perlumbaan berprestij itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Pasukan Triple Eight JMR (tiga, kanan) beraksi ketika menyertai perlumbaan Fanatec Gt World Challenge Asia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang semalam. --fotoBERNAMA
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.
Triple Eight JMR raih tempat ke-10 di Sepang
Pasukan yang memandu jentera Mercedes-AMG GT3 EVO itu mencatat masa satu jam dua minit 42 saat selepas 26 pusingan.
Tunku Abu Bakar raih podium kejuaraan GT World Challenge Asia
Tunku Abu Bakar yang bergandingan bersama pakar lumba endurance Jerman Luca Stolz, cemerlang menamatkan saingan di kedudukan podium itu dengan catatan 1 jam 50.992 saat (s).
Tunku Panglima Johor juara Pro-Am GT3 Asia
Tunku Abdul Rahman muncul sebagai juara kategori Pro-Am Asia bersama rakan sepasukan Nick Foster selepas saingan musim ini melabuhkan tirainya di Litar Antarabangsa Okayama, Jepun, pada Ahad lepas.