DOHA: Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Doha pagi Ahad pada penghujung jelajah globalnya yang merangkumi lebih 50 negara dan wilayah, beberapa hari sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA Qatar 2022 , lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Jelajah global trofi Piala Dunia bermula di Dubai, UAE pada Mei dan menjelajah semua negara yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022 termasuk negara lain, dan tradisi itu pertama kali dianjurkan pada 2006.
Jelajah promosi itu memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan trofi sebenar kejuaraan dengan 32 pasukan bertanding merebut gelaran juara bermula Ahad depan.
Pasukan yang menang akan dinobatkan gelaran juara di Stadium Lusail pada 18 Disember, yang juga Hari Kebangsaan Qatar.
Trofi Piala Dunia FIFA sebenar akan kekal di bawah seliaan Jawatankuasa Tertinggi bagi Penghantaran dan Warisan (SC) dan FIFA sehingga perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022, sebelum diserahkan kepada pasukan yang memenangi kejuaraan.
Mengikut peraturan FIFA, hanya bekas juara dan ketua negara berhak menyentuh piala itu, dan disimpan sementara oleh pasukan yang menang.
Kemudian, pemenang akan menerima trofi lain bersalut emas khas yang mengandungi ukiran bendera kejohanan, negara tuan rumah beserta nama pasukan yang menjuarai pertandingan.
Sementara itu, trofi asal yang diperbuat daripada emas itu akan dikembalikan kepada FIFA, mengikut undang-undang dan peraturan.
Walaupun trofi diberikan kepada pasukan yang menang, ia tetap menjadi hak milik FIFA.
Trofi itu diperbuat daripada emas tulen seberat 6.142 kilogram dan diukir dengan dua orang yang menjulang dunia, dengan reka bentuknya dibuat pada 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022
Bekas pemain profesional Perancis, Marcel Desailly (kiri) membuka selubung untuk mendedahkan trofi Piala Dunia di Alwadi Hotel, Doha pada 13 November. - Reuters
Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.
Krisis kemanusiaan di Palestin: Tragedi era moden - Muhammed
Muhammed berkata masyarakat Islam perlu bersatu membela nasib rakyat dan menyuarakan isu Palestin.
Pensyarah UTM terima anugerah 'The Order of the Rising Sun'
The Order of the Rising Sun, yang ditubuhkan pada tahun 1875, merupakan sistem anugerah tertua di Jepun.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.
Ops Adha: TNB perkukuh bekalan elektrik di Pantai timur menjelang Aidiladha
Antara langkah diambil termasuk memperkemas sistem voltan rendah, meningkatkan kapasiti alatubah serta mewujudkan pencawang baharu.
Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji
Keadaan kesihatan jemaah dipantau dan dinilai oleh pasukan perubatan pakar yang mengiringi konvoi itu sehingga tiba di Tapak Suci.
Wanita warga emas ditemui maut dalam rumah disyaki dibunuh
Kes yang awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pelajar UniSZA maut motosikal bertembung ambulans depan hospital
Mangsa, Umie Elysha Lyana Basharuddin, 22, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada Khamis.
Majikan upah tonto jaga rumah kongsi pendatang tanpa izin
Operasi di projek perumahan Taman Bandar Putra Bertam menghadapi kesulitan apabila pergerakan pasukan dihidu kumpulan tonto.
Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Doha
Jelajah global trofi Piala Dunia bermula di Dubai, UAE pada Mei dan menjelajah semua negara yang mengambil bahagian.
Messi akan hadirkan lebih banyak trofi buat PSG
PSG mengesahkan menandatangani Messi dengan kontrak dua tahun semalam, dengan pilihan untuk tahun berikutnya.
Ramos akan umum tinggalkan Real Madrid dalam masa terdekat
Akan ada satu majlis perpisahan dengan permain berusia 35 tahun itu, yang kontraknya bersama Madrid akan tamat pada penghujung bulan ini.
Menang artis paling berpotensi di Asia Music Awards, Masya Masyitah orak langkah di China
Masya yang fasih berbahasa Mandarin juga bakal muncul dengan single duet bersama penyanyi Jeryl Lee berjudul Zuo Jian (Sahabat Sejati).
JBORN juara Muzikal Lawak Superstar, bawa pulang RM150,000
Tahniah JBORN!
Lewis Hamilton 'hantar' kereta F1, trofi kepada pesakit kanser
Ia bagi membolehkan kanak-kanak itu melihat kereta dan trofi itu dari dekat.
Kualiti trofi ABK dipertikai, MFL akui kesilapan dalam tempahan
MFL juga berjanji akan menghubungi semua pemenang dan menggantikan trofi tersebut, sesuai dengan standard dan kualiti yang ingin dipersembahkan.
Kemenangan di Kiev jamin Ballon d'Or buat Salah
Salah menikmati musim yang cemerlang di Anfield apabila mengutip 44 gol dalam semua kejohanan dan membantu Liverpool kembali ke final di pentas Eropah buat kali pertama sejak 2007.
Beza 0.27% Markah, Fitri Haris Juara Gema Gegar Vaganza 2
Mengutip 89.27 peratus markah, Fitri membawakan lagu Zinnirah di segmen solo serta lagu Al Nuraa.. Yang 5... Yang 6... di segmen battle.
JDT bakal julang trofi disaluti emas 24k
Trofi ini mengambil konsep futuristik dengan reka bentuk seolah-olah satu keraian, sesuai dengan status dan prestij pasukan itu sendiri.