Skip to main content

Malaysia

Tuanku Muhriz berangkat tunai solat Jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti. - Gambar/ Bernama
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti. - Gambar/ Bernama

Advertisement

Advertisement

KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti.

Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al-’Abidin.

Solat diimamkan oleh Imam 1 Masjid Kariah Gunung Pasir, Wan Muhammad Saifuddin Wan Salim.

Advertisement

Usai menunaikan solat Jumaat, baginda turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama rakyat di Luak Tanah Mengandung.

Kira-kira 500 orang hadir menyertai majlis berkenaan.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement