awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tubuh kecil tapi jiwa besar, Ustaz Mad Kechik diikat demi misi ke Gaza

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2025
22:30 MYT
Tubuh kecil tapi jiwa besar, Ustaz Mad Kechik diikat demi misi ke Gaza
Ustaz Mad Kechik bergambar bersama cucu bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela iaitu Nkosi Zwelivelile Mandela yang turut menyertai misi GSF. Foto: Facebook Iylia Balqis Suhaimi
SHAH ALAM: Semangat kental peserta Global Sumud Flotilla (GSF) terus menjadi inspirasi apabila sanggup melalui pelbagai cabaran termasuk terpaksa diikat ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Menurut perkongsian Iylia Balqis Suhaimi, walaupun berbadan kecil, jiwa dan kecekalan Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kechik begitu besar dalam menunaikan tanggungjawab kemanusiaan.
"Saya kira walaupun saiz ustaz yang kecil, tapi jiwanya besar. Tengoklah, sampai sanggup sertai misi GSF walaupun terpaksa diikat untuk memastikan keselamatan ustaz semasa di dalam bot pelayaran.
"Setiap hari dalam grup delegasi akan mengingatkan kami untuk baca Hizb Bahr," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Menurut sukarelawan itu lagi, Ustaz Mad yang mewakili Iman Care pernah bersama-sama Cinta Salam Malaysia dalam misi Ramadan pada 2022 di Syria.
"Walaupun ada bermacam ujian untuk masuk ke sempadan Syria, terpaksa balik ke penginapan dan cuba sekali lagi esoknya.
"Ustaz tidak sekalipun mengeluh malah sentiasa mengingatkan kami untuk berzikir selawat agar dipermudahkan urusan untuk masuk," ujarnya lagi.
Justeru, Iylia Balqis memohon doa dari semua supaya pelayaran mereka ke Gaza membawa misi bantuan terbabit dipermudahkan ALLAH SWT. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#Gaza
#Ustaz Mad Kechik
#Iylia Balqis Suhaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan