KUALA TERENGGANU: Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memperkasakan usaha konservasi penyu secara lebih serius, demi menyelamatkan kemandirian haiwan terancam itu.
Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Dr Mohd Uzair Rusli berkata kerajaan juga perlu menyediakan peruntukan dan tenaga pakar khusus dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan komuniti nelayan tempatan untuk menyokong usaha konservasi tersebut.
Beliau berkata sejak kebelakangan ini, kes kematian penyu semakin meningkat dan ia memberi 'signal' bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan lebih serius, dalam mencari jawapan sebenar yang menjadi punca kematian ini.
"Kita tidak boleh sekadar membuat kesimpulan mudah sahaja dengan pemeriksaan ringkas luaran penyu. Setiap kematian penyu perlu dibuat bedah siasat oleh pakar autopsi untuk melihat punca kematian sebenar secara saintifik.
"Selama ini hanya dua punca kematian yang kerap dilaporkan iaitu tertelan plastik dan lemas kerana terperangkap dalam pukat nelayan. Dengan perkembangan sains sekarang, kita sebenarnya berupaya untuk mengetahui punca sebenar kematian dan menganggarkan di manakah kematian itu berlaku melalui permodelan lautan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, dua penyu Agar ditemukan mati terdampar di Pantai Batu Buruk di sini dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, menjadikan jumlah keseluruhan kematian penyu di Terengganu ialah lima kes sejak awal bulan ini.
BACA: Bangkai dua ekor penyu dilupuskan
Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan jawatankuasa khas itu sangat penting kerana penyu berperanan dalam mengekalkan kesihatan dan kestabilan ekosistem lautan, malah setiap spesis penyu mempunyai peranan yang tersendiri kerana diet mereka berbeza.
"Sebagai contoh, ubur-ubur adalah sebahagian diet penyu belimbing, namun disebabkan spesies itu kian berkurangan, ledakan populasi ubur-ubur berlaku dan stok ikan kita akan terjejas kerana plankton seperti telur ikan ialah makanan utama ubur-ubur.
"Ringkasnya, usaha menyelamatkan penyu ini sama pentingnya dengan usaha kita dalam memastikan kelestarian industri perikanan negara. Melihat kepada peningkatan kes kematian penyu, saya percaya ada ancaman sedang berlaku di lautan sana tetapi di luar pengetahuan kita. Penubuhan jawatankuasa ini perlu untuk meningkatkan keupayaan kita mengetahui punca sebenar kematian, bagi menghentikan ancaman ini segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Penubuhan jawatankuasa khas itu sangat penting kerana penyu berperanan dalam mengekalkan kesihatan dan kestabilan ekosistem lautan. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Disangka guni, rupanya bangkai penyu terikat pada batu
Nor Shazwa berkata ini pengalaman pertama melihat penyu, namun sedih kerana haiwan itu seolah sengaja dibunuh.
Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan
Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kadar kematian haiwan tersebut dapat dikurangkan.
UMT anjur program selamatkan penyu
Kempen 'Bring Our Turtles Back' bertujuan memperkasakan ilmu dan pengetahuan orang ramai dalam memulihara kelestarian haiwan marin itu.
Kira-kira 400 pendaratan penyu direkod tahun ini
Jumlah pendaratan berkenaan adalah antara yang tertinggi di semenanjung dengan jumlah kematian kurang daripada 0.5 peratus.
Wujudkan platform salur penemuan penyu secara terus
Penggunaan aplikasi dan nombor kecemasan lebih praktikal untuk digunakan orang awam berbanding talian telefon rasmi.
Terengganu pertingkat kempen kesedaran selamatkan penyu
Langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan jumlah hidupan itu terus berkurangan sehingga diancam kepupusan.
31 ekor penyu mati dalam tempoh 3 bulan
Jumlah itu agak tinggi bagi tempoh suku pertama tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.
Polis Marin tahan lelaki, rampas organ penyu di Semporna
Suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar.
Lapan inovasi memerangi pencemaran plastik di serata dunia
Sisa plastik dan pencemaran kini mengancam kesihatan bukan saja haiwan seperti penyu malah manusia dan ekosistem di seluruh dunia.
Pukat malas 'pembunuh' utama penyu di Terengganu - Kajian FRI Rantau Abang
Penggunaan pukat pari atau lebih dikenali sebagai 'pukat malas' oleh nelayan berhampiran kawasan pendaratan penyu, dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian reptilia itu.